web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bella Azimat Untuk Saya Beri Persembahan Terbaik - Aliff Aziz

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2023 4:46PM

Aliff Aziz ketika mengadakan persembahan pada minggu kelima All Star Gegar Vaganza, malam tadi. gambar Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan penyanyi yang sering dihambat kontroversi, Aliff Aziz mengakui kehadiran isterinya, Bella Astillah adalah azimat untuk dia memberikan persembahan terbaik di Minggu Ke-5 All Star Gegar Vaganza, malam tadi.

Akui Aliff, dia amat bersyukur dikurniakan isteri yang baik dan amat memahami walaupun dirinya tidak pernah lekang dengan kontroversi.

Katanya, dia kini tidak mahu lagi mengingati perkata yang boleh menggugat keharmonian rumahtangganya dan menganggap insiden yang berlaku beberapa minggu lalu sebagai ujian.

Aliff Aziz bersama pengacara All Star Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Aliff Aziz bersama pengacara All Star Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

“Semuanya berlaku atas khilaf saya. Mungkin ini adalah ujian yang datang untuk menjadikan saya lebih baik dari sebelumnya.

“Apa yang berlaku sebelum ini telah pun berlalu. Saya belajar dari kesilapan dan saya mahu teruskan kehidupan seperti biasa,” katanya kepada Getaran.

Jejaka kelahiran Singapura ini turut melahirkan keinginan untuk berlakon bersama isterinya dan berharap impian tersebut akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

@getaranmy Aliff Aziz tak mahu kenang perkara lepas, ingin fokus pada keluarga & karier. Dengar cerita teringin berlakon dengan isteri tercinta, Bella Astillah. Agaknya drama bagaimana yang sesuai untuk pasangan ini? #GetaranMY #GV10 #aliffaziz #terkini2023 #gegarvaganzaallstar2023 ♬ original sound - Getaran

Jelas Aliff, walaupun pernah bergandingan dengan Bella dalam sebuah telemovie komedi, dia sebenarnya menginginkan sebuah naskah yang lebih serius.

“Kalau dapat satu naskah yang serius dan mencabar lakonan Aliff serta Bella, lagi bagus kerana Aliff pernah melihat Bella melakonkan watak serius. 

“Sebenarnya Aliff kagum melihat Bella melakonkan watak-watak berat seperti dipukul dan sebagainya. Ia membuatkan Aliff teruja untuk berlakon dengan isteri sendiri,” katanya.

Pada konsert malam tadi, Aliff menerima markah keseluruhan sebanyak 66.75 peratus, sekaligus menempatkannya di kedudukan kelima minggu lalu. - Getaran, 23 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa