web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penjelasan Youtuber Korea, Daud Kim Mengenai Sokongannya Terhadap Palestin

Analogi yang ringkas, memudahkan orang ramai untuk memahami punca sokongannya terhadap rakyat Palestin yang kini berdepan serangan tentera Israel

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 8:54AM

gambar Instagram Daud Kim @ jaehan9192

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Susulan sokongan yang diberikan terhadap rakyat Palestin, penyanyi dan Youtuber dari Korea Selatan, Daud Kim bertindak memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.

Kim, seorang mualaf yang dulunya dikenali dengan nama, Jay Kim memberi analogi yang ringkas bagi memudahkan orang ramai memahami insiden di sebalik serangan itu.

Dalam hantarannya menerusi  Tiktok, Kim menerangkan mengenai satu situasi sebuah rumah dirompak dan perompak kemudiannya mendakwa rumah terbabit sudah menjadi milik mereka, lalu menghalau penghuninya.

“Jadi apabila orang tanya mengapa saya sokong Palestin, ini contoh mudah saya berikan. Perompak datang ke rumah saya bersama pisau dan kemudiannya menyuruh saya sekeluarga keluar dari sini (rumah).

“Namun, saya jelaskan bahawa ini rumah saya, jadi saya tidak boleh keluar. Akibatnya saya diikat dan mereka mula memukul saya, ibu, bapa, datuk, nenek dan ahli keluarga saya.

“Jadi apa yang saya perlu buat, saya berusaha membuka ikatan dan selepas itu memukul mereka kembali apabila mereka menoleh ke arah lain untuk melindungi diri saya,” terangnya.

Mengulas lanjut, Kim turut tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak yang menganggap serangan Palestin terhadap Israel adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku.

“Apabila orang di sekeliling bertanya kenapa saya pukul mereka (perompak) kerana ia adalah satu bentuk keganasan dan keganasan tidak bagus.

“Adakah anda setuju mengenai dakwaan ini? Dan mereka beritahu bahawa ia (rompakan) sudah lama berlalu, rumah ini sudah menjadi milik perompak, ini bukan rumah anda lagi. Adakah anda betul-betul setuju?

“Jadi, anda perlu lihat kepada kebenaran iaitu rumah ini dimiliki oleh Palestin, bukan orang lain atau siapapun. Ia bukan rumah perompak, Free Palestine!” tegasnya.

Baru-baru ini, Kim turut berkongsi sebuah video di Tiktoknya iaitu ketika beliau menyertai satu perhimpunan menyokong Palestin di Korea Selatan dengan kapsyen: “Anda tidak perlu menjadi

muslim untuk menyokong pembebasan Palestin, anda hanya perlu jadi manusia”. – Getaran, 18 Oktober 2023

@jaehan9192 Free Palestine from South Korea ???? You don’t have to be a Muslim to stand Palestine. You just need to be Human. We stand tor Free Palestine! #palestine #daudkim #koreanmuslim ♬ 오리지널 사운드 - Daud Kim

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN