web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


YouTuber Lord Aleem Dihalau Ketika Acara Tinju Kerana Baju 'Free Palestin'

Arahan untuk menghalau Lord Aleem dipercayai dikeluarkan pihak atasan arena tinju berkenaan

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 8:33PM

Lord Aleem ketika dibawa keluar oleh pengawal keselamatan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang YouTuber, Lord Aleem mendakwa dihalau daripada menonton pertarungan tinju antara Tommy Fury dan KSI yang berlangsung di Manchester, England kerana memakai baju 'Free Palestin', baru-baru ini.

Menerusi hantara di X, Lord Aleem berkongsi klip dia dikeluarkan dari tempat tersebut sambil diiringi pihak keselamatan.

"Mengapa saya tidak boleh memakainya? Dapatkan lelaki ini dalam video, dapatkan lelaki ini dalam video," ujarnya ketika dibawa keluar.

Lord Aleem berkata dia berdepan tindakan itu  kerana baju Free Palestin dipakainya semasa berada dalam arena tersebut.

Kejadian tersebut mendapat perhatian warga maya yang mengecam pengawal keselamatan tersebut dan mempersoalkan hak mereka sebagai rakyat di negeri itu.

Gara-gara baju t Free Palestin yang dipakai, Lord Aleem dihalau
Gara-gara baju t Free Palestin yang dipakai, Lord Aleem dihalau

“Apakah jenis kegilaan pengawal keselamatan di sini? Kami tinggal di negara yang mempunyai hak kebebasan bersuara. Terangkan mengapa Aleem dihalau? Adalah kerana memakai baju menyokong Palestin?” kata seorang pengikut yang dikenali sebagai Joe.

Namun terdapat juga pengikut yang menyatakan bahawa tindakan Alem memakai baju tersebut adalah salah.

“Apa yang anda lakukan adalah salah,” kata seorang pengikut.

Menurut laporan Birmingham Mail, keputusan pengawal tersebut untuk mengeluarkan Aleem dari tempat itu adalah satu perkara yang sukar kerana perlu menuruti arahan pihak atasan.

Terkini, lebih sejuta rakyat Palestin di Gaza berdepan malapetaka apabila diserang tanpa henti oleh rejim Zionis.

Israel juga telah mengeluarkan amaran dan arahan kepada penduduk Gaza supaya mengosongkan penempatan masing-masing. - Getaran, 16 Oktober 2023

Sumber Foto: IlmFeed

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN