web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tom Menangis Kegembiraan, Norman Hakim Pula Berduka Kehilangan Bapa

Berita gembira diterima Tom dikongsi penyanyi itu hantaran video di Instastory yang dimuat naik pada Jumaat

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 10:56AM

Tom dan Fuad - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikhram, 37, menangis kegembiraan dan meluahkan rasa syukur apabila impian untuk menimang cahaya perempuan akhirnya bakal tercapai dalam sedikit masa lagi.

Berita gembira itu dikongsi oleh Tom menerusi satu hantaran video di Instastory yang dimuat naik pada Jumaat.

Menerusi video itu, Tom dilihat memegang gambar imbasan bayi dan mengalirkan air mata sambil memeluk suaminya, Fuad Rahman. Kedua-dua anak lelakinya juga dilihat teruja apabila mendapat khabar gembira itu. 

“Yay! dapat anak perempuan. Akhirnya dapat juga merasa anak perempuan. Allah Syukur Ya Allah. 90 peratus imbasan anak perempuan. Terima kasih Ya Allah,” ujar Tom. 

Sebelum itu, Tom juga sempat berkongsi rasa gementar ketika dia baru sampai ke klinik untuk menjalani sesi imbasan jantina anaknya itu. 

‘Nervous sangat-sangat. Dah ada tiga anak lelaki. Adakah aku dapat merasa ada anak perempuan dalam hidup aku? Ini anak terakhir, tapi apa pun aku terima walaupun ditakdirkan dapat anak lelaki lagi,” ujar Tom positif.

Tom dan Fuad melangsungkan perkahwinan di Batam, Indonesia pada Februari lalu. Mereka kemudian diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di lokasi acara Foodstival anjuran Star Vendors di Pasir Gudang, Johor pada Mac. 

Terdahulu, Tom pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dikurniakan tiga orang anak lelaki. Fuad juga pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

Ketika Tom dan Fuad bergembira, lain pula halnya dengan aktor berbadan sasa, Norman Hakim.

Pelakon itu berkongsi khabar duka tentang pemergian ayahnya, Zaidon Abdul Rahim pada jam 8.30 malam, juga pada Jumaat. Menerusi hantaran di akaun Instagramnya itu, pelakon ini memaklumkan ayahnya meninggal di rumahnya di Kuantan, tetapi tidak memberitahu punca kematian. 

“Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami Haji Zaidon bin Haji Abdul Rahim telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 6/10/2023 bersamaan 20 Rabiulawal 1445H jam 8.30 malam di kediaman beliau di Kuantan.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Ayah, merahmatinya, memuliakan kematiannya, melapangkan kuburnya dan ditempatkan Ayah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Rabbal Alamiin,” ujar Norman.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga pelakon Norman Hakim. - Getaran, 8 Oktober 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa