web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Haqiem Rusli Jawab Dakwaan Perkahwinan Bermasalah

Bukan semua perkara perlu dikongsi di media sosial, Haqiem bilang dia sudah lali dengan kecaman

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 3:46PM

Haqiem Rusli dan isteri, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri. gambar @haqiemrusli98_

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi, Haqiem Rusli, 26, menafikan cakap-cakap netizen yang kononnya perkahwinannya dengan Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 21, bermasalah.

Dakwaan ini timbul gara-gara Haqiem dilihat jarang memuat naik foto bersama isterinya itu di media sosial. Bercakap kepada pihak media, Haqiem menjelaskan tidak semua perkara yang dilakukan oleh mereka berdua perlu dikongsi untuk tatapan umum.

“Hubungan kami baik-baik sahaja. Kami ada kehidupan sendiri dan tidak mungkin setiap hari ingin kongsi gambar bersama. Hidup ini bukan semata-mata untuk media sosial,” ulas Haqiem kepada pihak media.

Spekulasi atau gossip mengenai perkahwinan pasangan ini bermula apabila Sofea dilihat memadam gambar-gambar lama mereka di akaun Instagram. Bahkan, ada juga yang percaya krisis perkahwinan pasangan ini bermula apabila Anis mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung.

Mengulas berhubung perkara itu, Haqiem memberitahu dia sudah lali dengan kecaman dan pandangan negatif sejak mula berkecimpung dalam dunia hiburan. 

“Saya mengambil pendekatan berdiam diri. Saya dah melalui kecaman dan pelbagai dugaan sejak bergelar artis. Sebelum berkahwin pun saya sedar peminat akan terus ambil tahu mengenai kisah rumah tangga kami. Selagi ia tidak menyentuh isu sensitif dan keterlaluan, saya tidak punya masalah,” ulas Haqiem.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada November 2021. Majlis perkahwinan mereka menjadi bualan ramai kerana ia melibatkan kos hampir RM7 juta. Selain menerima wang hantaran RM100,000, penampilan Anis pada majlis itu juga diserikan dengan barangan kemas Habib Jewels bernilai RM5 juta. - Getaran, 1 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebutan Semula Kes Bekas Tentera Bunuh Isteri 22 Januari 2024

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pelakon Hafidz Roshdi Cedera Bekas Isteri Bermula 6 Februari

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas