web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selamat Pengantin Baharu, Noh Dan Athira!

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 8:56PM

Noh dan Athira bergambar selepas selamat diijabkabul

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vokalis kumpulan Hujan, Mohammad Noh Salleh selamat diijabkabul bersama wanita pilihannya, Fatin Athira Mustapa, 30 dalam sebuah majlis tertutup, dipercayai diadakan di Tanjung Malim, Perak, hari ini.

Noh mengucup dahi isterinya sebaik sah diijabkabul
Noh mengucup dahi isterinya sebaik sah diijabkabul

Lebih mesra dikenali sebagai Noh, beliau yang segak berbaju melayu putih pada majlis itu turut memuat naik fotonya bersama isteri di Instagram.

"Athira & Noh, 23rd Sept 2023," katanya, ringkas.

Beberapa foto mereka turut dimuat naik menerusi InstaStory.

Noh sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama selebriti, Mizz Nina pada 1 Julai 2011, namun pada 4 Ogos tahun lalu, pasangan berkenaan mengumumkan bahawa ikatan perkahwinan mereka sudah terlerai.

Pasangan terbabit tidak dikurniakan cahaya mata namun mereka memiliki seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Musa.

Pada Jun lalu, Mizz Nina membuat kejutan apabila mengumumkan beliau sudah bernikah buat kali kedua bersama penyanyi rap dan penulis lirik berbangsa Maghribi, tetapi berasal dari Seattle, Amerika Syarikat, dikenali sebagai Essam Muhammad.

Majlis resepsi mereka diadakan di ibu negara pada 3 September lalu.

Getaran mengucapkan Selamat Pengantin Baharu kepada Noh dan Athira, semoga mahligai dibina berkekalan hingga ke Jannah. - Getaran, 23 September 2023

Foto : Instagram @mohammadnohbinsalleh dan @kupu_kupu

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang