web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Caprice Bakal Jadi Ayah, Umum Isteri Hamil 5 Bulan

Caprice menjelaskan sebelum ini banyak halangan yang menyebabkan dia berasa tidak bersedia

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 9:16AM

Caprice bergambar dengan isterinya, Farra. Beliau mengumumkan isterinya kini hamil lima bulan dalam satu majlis, semalam. - gambar Instagram @capricedaddycap

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi rap yang tidak pernah sunyi daripada kontroversi, Caprice, mengumumkan yang isterinya kini sedang hamil lima bulan.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 35, memaklumkan perkara itu kepada pihak media ketika beliau menghadiri sidang media pelancaran produk kesihatan yang diadakan di Hotel JW Marriot pada Rabu.

“Alhamdulillah, ini adalah pengumuman pertama yang saya buat hari ini iaitu isteri saya disahkan hamil lima bulan.

“Selepas kahwin ramai tanya kenapa tidak cuba untuk dapatkan anak. Bukan tak mahu mencuba, tetapi selepas berkahwin ada macam-macam perkara yang berlaku.

“Tekanan daripada perniagaan dan juga daripada media sosial,” katanya yang turut mengakui sebelum ini beliau belum bersedia.

Caprice berkata, pengumuman itu juga dibuat selepas mendapat keizinan isterinya, Farra.

Pasangan ini berkahwin pada 15 November tahun lalu.  Farra mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.

Dalam perkembangan lain, Caprice dilihat sedang berusaha membantu gadis bertatu yang viral di sosial media, Mondy dari Indonesia. 

Beliau dilihat memuat naik satu demi satu pendedahan melalui aplikasi Instagram. – Getaran, 21 September 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN