web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Imran Aqil, Dahlia Rizal Sah Bergelar Suami Isteri

Majlis pernikahan telah berlangsung di Ayer Keroh, Melaka dan diadakan secara tertutup

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 8:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyampai radio Hot FM, Imran Aqil, 24, dan pasangannya Dahlia Rizal, 22 kini sah bergelar suami isteri setelah selamat diijabkabulkan pada Sabtu. Majlis pernikahan yang diadakan hanya untuk ahli keluarga dan kenalan rapat itu berlangsung di Ayer Keroh, Melaka. 

Pasangan ini telah di dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Nordin yang berwakil wali bapa pengantin perempuan, Ahmad Rizal.

Sebelum ini, Imran dan isterinya yang merupakan pempengaruh media sosial itu telah mengikat tali pertunangan selama setahun.  

Mengulas tentang perkahwinannya itu, Imran memberitahu dia bersyukur kerana majlis itu berlangsung dengan lancar mengikut perancangan. 

"Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, saya dan Dahlia, sah bergelar suami isteri. Sejujurnya, saya rasa agak gementar kerana nak menggalas tanggungjawab seorang suami bukan mudah.

"Namun, berkat doa ibu bapa, kami dapat juga mengharungi pelbagai ujian dalam pertunangan yang akhirnya membawa kepada pernikahan ini. Saya ucap terima kasih kepada Dahlia kerana banyak bersabar dengan saya,” katanya seperti dipetik Harian Metro. 

Pada majlis pernikahan itu, Imran menyerahkan mas kahwin RM300 kepada Dahlia manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan. Dia turut menyerahkan tiga dulang hantaran kepada pengantin perempuan yang dibalas dengan lima dulang.

Imran Ajmain Kena Tempias

Sementara itu, penyanyi asal Singapura, Imran Ajmain turut terkena tempias atas perkahwinan Imran Aqil ini. Ada netizen yang mengusik dengan menyampaikan salam tahniah. 

Imran pada mulanya turut ‘bergurau’ dengan membalas komen netizen, bagaimanapun dia bertindak memadam ciapan itu tidak lama kemudian kerana tidak mahu menimbulkan kekeliruan. - Getaran, 10 September 2023

Foto : Instagram @_azizulazman

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Imran Aqil Buat Kejutan, Ilhamkan Lagu Lambang Cinta Kepada Isteri

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Kembali Berpengaruh, Hot FM Raih Semula Kedudukan 3 Stesen Radio Melayu Teratas Negara

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Kerana Khairy Jamaluddin, Yang Tak Pernah Dengar Radio Pun Tiba-Tiba Layan Hot FM 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Khairy Mulakan Dunia Baharu, ‘Saya Tak Nak Orang Lupa Saya’

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN