web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerana Khairy Jamaluddin, Yang Tak Pernah Dengar Radio Pun Tiba-Tiba Layan Hot FM 

Kejayaan KJ Jadi DJ meraih peningkatan sebanyak 75 peratus dalam tempoh masa satu jam sahaja untuk penstriman langsung digital Hot FM di hotfm.audio dan aplikasi Audio+.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 6:00PM

KJ dengan pantas telah berjaya membuktikan beliau seorang yang mampu menjalankan pelbagai pekerjaan selain menjadi ahli politik. - Gambar Hot FM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kejayaan KJ Jadi DJ meraih peningkatan sebanyak 75 peratus dalam tempoh masa satu jam sahaja untuk penstriman digital Hot FM di hotfm.audio dan aplikasi Audio+.

Umum telah pun mengetahui bahawa bekas Menteri Kesihatan Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin (KJ) telah pun membuat penampilan pertama beliau  sebagai penyampai radio di Hot FM dalam segmen Bekpes Hot bersama Johan, Fara Fauzana serta AG. 

Menerusi penampilan pertama beliau semalam, KJ dengan pantas telah berjaya membuktikan beliau seorang yang mampu menjalankan pelbagai pekerjaan selain menjadi ahli politik.

Gambar Hot FM
Gambar Hot FM

Penampilan beliau sebagai penyampai radio tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai. Apatah lagi, bila beliausendiri telah membuat naik sebuah video di laman sosial Instagramnya, @khairykjdan sebelum ini untuk memaklumkan kepada pengikut beliau tentang tugasan baharu di Hot FM bermula 15 Februari. 

Beliau juga turut meminta untuk orang ramai mencadangkan topik yang menarik untuk beliau bincangkan sewaktu ke udara bersama Johan, Fara Fauzana dan AG menerusi segmen Bekpes Hot menerusi segmen Bekpes Hot.

Perbincangan menarik daripada Khairy menyentuh pelbagai topik, bermula dari pengalaman beliau memenangi pertandingan populariti selfie tetapi kalah dalam pilihan raya hinggalah minatnya terhadap tawaran kelab bola sepak Johor Darul Takzim. 

Beliau yang diketahui amat meminati sukan bola sepak dan merupakan peminat tegar kelab pasukan  pasukan Manchester United juga turut menyentuh tentang sukan yang menjadi kegamaran againagian besar rakyat Malaysia itu. 

Walaupun pasukan bola sepak kegemarannya itu pernah kalah dengan pasukan lain, beliau turut terbuka untuk membincangkan kedudukan Liga Perdana semasa, bahkan secara spontan menyatakan bahawa Manchester United kini telah punmendahului Liverpool. 

Beliau juga secara spontan berkongsi bahawa beliau masih mempunyai tiga tahun untuk menunggu sehingga boleh menerima pencen kerajaannya.

Beliau juga menunjukkan sikap belas kasihannya, membincangkan tragedi gempa bumi Turki baru-baru ini dan kepentingan membantu mereka yang memerlukan. Beliau turut menggalakkan pendengar untuk membuat perubahan dengan menderma kepada badan-badan bukan kerajaan yang aktif membantu mangsa-mangsa benaca tersebut. 

Berdasarkan komen media sosial, ramai yang memuji bakat semula jadinya, personaliti yang menarik, dan respons yang jujur, dengan ada yang mengulas bahawa mereka merasakan dia bagaikan seorang kawan lama apabila ke udara. 

Kemunculan pertama Khairy sebagai penyampai radio menandakan babak baharu dalam kerjayanya dalam arena radio, apatah lagi beliau mampu menunjukkan keupayaan untuk berhubung dengan pelbagai golongan lapisan masyarakat dari segenap latar belakang. 

Gambar Hot FM
Gambar Hot FM

Kejayaan KJ Jadi DJ meraih peningkatan sebanyak 75 peratus dalam tempoh masa satu jam sahaja untuk penstriman langsung digital Hot FM di hotfm.audio dan aplikasi Audio+. Malah, ia juga berjaya mencapai sebanyak 139 perarus  peningkatan menerusi Paparan Halaman Unik kerana semua orang mendaftar masuk ke laman web untuk mengakses portal penstriman web. 

Masa depan Khairy terlihat lebih cerah dan mendapat sambutan tinggi oleh rakyat Malaysia dalam arena radio ini dan pendengar pasti akan mengikuti perbincangan yang lebih menghiburkan dan relevan.

Beberapa komen menarik telah pun dipetik daripada Instagram @hotfm976, antaranya berbunyi: 

kin_ab: Tak pernah dengar Malaysia radio…kerana @khairykj saya download Malaysia radio @hotfm976…terbaik la

@mustaqimbahadon wrote: Sempoi lah KJ

@ct_qarlish wrote: Ok…pagi nie kita lama sikit nak masuk pejabat…maaf bos…melekat kat kereta sekejap…huhu

Semua komen dan keterlibatan Media Sosial itu memperoleh 5.78 Juta daripada semua platform media sosial Hot FM, iaitu Instagram, TikTok, Facebook & Twitter. – Getaran, 16 Februari 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.