web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kembali Berpengaruh, Hot FM Raih Semula Kedudukan 3 Stesen Radio Melayu Teratas Negara

Purata pendengar mingguan Media Prima Audio telah meningkat kepada 5.36 juta atau satu perempat daripada semua pendengar di Semenanjung Malaysia.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 8:06AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rangkaian radio Media Prima Audio (MPA), Hot FM berjaya mengekalkan semula kedudukannya sebagai stesen radio Melayu berpengaruh apabila kembali menduduki antara tiga stesen radio teratas negara.

Berdasarkan kaji selidik GfK’s Pengukuran Pendengar Radio Wave 1, 2023 (RAM) GfK’s, yang telah dijalankan pada Februari hingga Mac 2023 lalu, Hot FM bukan hanya setakat berjaya meraih 3.67 pendengar mingguan tetapi juga menerima peningkatan sebanyak 320,000 pendengar berbanding tinjauan yang lepas.

Pendengar untuk segmen Bekpes Hot dan Hot Squad juga meningkat sebanyak 207,000 dan 117,000. Selain itu, sasaran umur yang terbuka dan sasaran utama juga telah meningkat sebanyak 238,000 dan 169,000 secara individu.

Penyertaan penyampai baru Hot FM yang juga mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin (KJ) bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang digandingkan bersama penyampai Bekpes Hot telah membawa kepada lonjakan 75 peratus  dalam strim digital secara langsung laman sesawang Hot FM dan aplikasi Audio+, serta peningkatan 139 peratus  dalam paparan halaman unik.

Secara keseluruhannya, rangkaian radio MPA iaitu Buletin FM, Molek FM, Fly FM, 8FM termasuk Hot FM telah menerima peningkatan purata pendengar mingguan sebanyak 5.36 juta orang atau 25 peratus daripada 21.4 juta pendengar mingguan di Semenanjung Malaysia.

Stesen radio yang menyampaikan berita semasa dalam bahasa Malaysia, Buletin FM telah merekodkan sebanyak 133,000 pendengar mingguan dengan 5 peratus daripada mereka mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

Buletin FM juga merekodkan peningkatan 55 peratus dalam bilangan pendengar bagi mereka yang berumur 35-39 tahun. Pendengar keseluruhan untuk sasaran utama meningkat sebanyak 21 peratus dan meningkat sebanyak 53 peratus untuk rancangan Santai Siang (10 pagi - 3 petang).

Stesen radio yang memfokuskan pendengar di pantai timur iaitu Molek FM pula memperoleh seramai 542,000 pendengar mingguan dan menunjukkan peningkatan sebanyak 12 peratus atau 58,000 pendengar berbanding GfK’s RAM sebelumnya yang dijalankan pada November tahun lepas.

Dengan menggunakan bahasa ibunda Pantai Timur Kelantan, Terengganu dan Pahang sebagai bahasa utama pertuturan, penyampai radio Molek FM Molek Pagi dan Molek Petang, masing-masing telah berjaya meningkatkan capaian pendengar sebanyak 55,000 dan 48,000.

Satu-satunya stesen radio berbahasa Inggeris MPA, Fly FM yang merupakan satu-satunya stesen radio bahasa Inggeris MPA berjaya menduduki tempat ke-2 bagi stesen radio berbahasa Inggeris di Malaysia.

Fly FM telah merekodkan sejumlah 1,055,000 pendengar mingguan dan merupakan satu-satunya stesen yang mengalami peningkatan masa mendengar (TSL) dalam pasaran bahasa Inggeris sekaligus menjadikan The JoKeRs in the Morning kini sebagai  rancangan kegemaran dalam pasaran Inggeris dengan secara tidak langsung mencatatkan pertumbuhan 16,000 pendengar. Sasaran utama untuk Fly FM juga mencatatkan peningkatan sebanyak 52,000 pendengar.

Stesen radio tunggal berbahasa Cina MPA, 8FM pula telah merekodkan sebanyak 423,000 pendengar mingguan. Pendengar rancangan pagi, bagi sasaran umur yang terbuka dan sasaran utama masing-masing telah meningkat sebanyak 12,000 dan 17,000 pendengar.  Selain itu, pendengar sebelah petang, untuk sasaran utamanya telah memperoleh 21,000 pendengar.

Melalui kaji selidik GfK’s Pengukuran Pendengar Radio Wave 1, 2023 yang telah dijalankan selama enam minggu pada bulan Februari hingga Mac, MPA telah mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu rangkaian radio yang berpengaruh dan utama di Malaysia.

Dengan menampilkan penyampai baharu, acara lapangan yang luar biasa, kempen menarik dan kandungan baharu serta segar telah memberikan kejayaan yang memberangsangkan untuk MPA pada suku pertama tahun ini. - Getaran, 13 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Imran Aqil, Dahlia Rizal Sah Bergelar Suami Isteri

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Kerana Khairy Jamaluddin, Yang Tak Pernah Dengar Radio Pun Tiba-Tiba Layan Hot FM 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Khairy Mulakan Dunia Baharu, ‘Saya Tak Nak Orang Lupa Saya’

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

HOT FM Bantu Fizi Ali Cari Jodoh Menerusi Alam Maya, Akhirnya Aisha Mazlin Sebagai Pasangannya Ditemui

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.