web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


HOT FM Bantu Fizi Ali Cari Jodoh Menerusi Alam Maya, Akhirnya Aisha Mazlin Sebagai Pasangannya Ditemui

Kempen yang bergelar ‘Fizi Mencari Jodoh’ ini telah pun bermula sejak 8 Januari lalu, di mana penyertaan telah dibuka tanpa mengira latar belakang.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 2:11PM

Kempen yang bergelar 'Fizi Mencari Jodoh' ini telah pun bermula sejak 8 Januari lalu - Gambar Hot FM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dinafikan, Fizi Ali adalah salah seorang penyampai radio yang cukup ‘hot’ dan diminati ramai golongan wanita. Dengan status dudanya yang dimilikinya itu, pasti ramai yang ingin mendampingi Fizi. 

Menyedari hakikat ini, Hot FM telah menjalankan satu kempen pencarian jodoh buat Fizi yang juga salah seorang penyampai radio di stesen radio tersebut. Namun, pencarian jodoh tersebut bukanlah untuk mencari calon isteri buatnya tetapi mencari penyampai radio atau gandingan baru untuk Fizi di segmen Hot Squad yang ke udara pada sebelah petang di Hot FM. 

Kempen yang bergelar 'Fizi Mencari Jodoh' ini telah pun bermula sejak 8 Januari lalu, di mana orang ramai tidak kira latar belakang, sama ada selebriti, ahli sukan serta influencer boleh turut serta menghantarkan penyertaan mereka kerana ia terbuka kepada orang ramai. 

Fizi Ali - Gambar Instagram Fizi Ali
Fizi Ali - Gambar Instagram Fizi Ali

Platform media sosial seperti Instagram dan TikTok digunakan sebagai saluran untuk orang ramai menghantarkan penyertaan mereka, mereka perlu memuat naik demo video duet mereka bersama penyampai radio Hot FM Fizi Ali serta mereka juga perlu tag Hot FM di Instagram (@hotfm976) dan TikTok (@hotfm976_), dan pada masa yang sama perlu meletakkan akaun media sosial mereka dalam keadaan tatapan umum.  

Hanya 16 orang peserta yang dipilih daripada penyertaan keseluruhan dan hanya enam orang peserta sahaja yang telah dipilih untuk ke pusingan akhir. Kesemua enam peserta ini telah melalui pelbagai cabaran antaranya berkeudara bersama Fizi di segmen Hot Squad, menjalankan aktiviti kemasyarakatan, kelas harian bersama Fizi Ali serta penyampai radio Hot FM yang lain, tugasan membuat Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) dan serta konten digital. 

Mereka ini dinilai berdasarkan dua pecahan markah iaitu 30 peratus undian orang ramai dan 70 peratus daripada penyampai radio Hot Squad, Fizi dan pihak pengurusan Hot FM.

Setelah hampir lima minggu Program 'Fizi Cari Jodoh DJ' ni berlangsung, akhirnya pencarian itu telah sampai ke kemuncaknya semalam di mana salah seorang daripada mereka iaitu Aisha Mazlin telah dinobatkan sebagai ‘Jodoh’ yang dicari. 

Aisha bersama enam lagi finalis iaitu Asha Faudzi, Affiq, AG Hafiz, Aleya Lee dan Nisa Kay telah berentap di pusingan akhir 'Fizi Cari Jodoh DJ' di The Paddock, PJ. Mereka telah diberikan tugasan terakhir dengan menjadi host untuk acara pusingan akhir tersebut. Selain daripada itu juga, mereka juga dikehendaki untuk menemu bual finalis Anugerah Juara Lagu 37. 

Mengulas mengenai keseluruhan kempen 'Fizi Mencari Jodoh', Fizi berkata, semua peserta telah menunjukkan usaha serta prestasi yang cukup memberangsangkan. 

“Saya amat berterima kasih kepada kesemua peserta yang telah menghantarkan penyertaan mereka untuk 'Fizi Cari Jodoh DJ' ini. 

“Menang atau kalah itu adat pertandingan. Saya harap yang tidak berjaya pada malam ini akan terus sukses dengan apa jua jalan yang mereka pilih,” katanya. 

Aisha telah berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 serta kontrak selama setahun bersama Hot FM. 

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM, Digital & Audio+, Shah Hayatudin berkata, dia percaya duo terbaharu Fizi Ali dan Aisha Mazlin ini akan menjadi salah satu gandingan yang terbaik untuk pendengar Hot FM di luar sana.

“Tahniah kepada Aisha Mazlin dan selamat datang ke keluarga Hot FM! Setiap daripada mereka yang menyertai program yang berjaya ini mempunyai bakat dan kemahiran yang sangat luar biasa. Hot FM akan terus berusaha untuk mengembangkan bakat baru dan terima kasih kepada setiap orang yang telah menyertai program 'Fizi Cari Jodoh DJ' ini,” katanya. – Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Suara Tyzo Bakal Berkumandang Di Sebuah Stesen Radio Mac Nanti

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Imran Aqil, Dahlia Rizal Sah Bergelar Suami Isteri

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Kembali Berpengaruh, Hot FM Raih Semula Kedudukan 3 Stesen Radio Melayu Teratas Negara

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Kerana Khairy Jamaluddin, Yang Tak Pernah Dengar Radio Pun Tiba-Tiba Layan Hot FM 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 17 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.