web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Imran Aqil Buat Kejutan, Ilhamkan Lagu Lambang Cinta Kepada Isteri

Bunga Dahlia adalah curahan hati Imran buat isterinya, dan ia ditulis sebelum pasangan itu melangsungkan perkahwinan.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2023 10:53AM

Imran Aqil dan isteri, Dahlia Rizal selepas majlis pernikahan mereka baru-baru ini. gambar 4U Entertainment

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyampai radio Hot FM, Imran Aqil, 24, yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan pada 9 September lalu membuat kejutan terhadap isteri tercinta, Dahlia Rizal, 22, apabila menghadiahkan sebuah sebuah lagu berjudul Bunga Dahlia.

‘Bunga Dahlia’ yang diilhamkan sendiri oleh Aqil ini ditulis dan dipersembahkan bersama penyanyi  dan komposer, Aiman Sidek.

Bunga Dahlia adalah curahan hati Imran terhadap isterinya, dan ia ditulis sebelum pasangan itu melangsungkan perkahwinan dan ia adalah muzik video yang dipertontonkan kepada tetamu

selepas majlis pernikahan.

Imran Aqil dan isteri, Dahlia Rizal selepas majlis pernikahan mereka baru-baru ini. Gambar 4U Entertainment
Imran Aqil dan isteri, Dahlia Rizal selepas majlis pernikahan mereka baru-baru ini. Gambar 4U Entertainment

“Lagu Bunga Dahlia adalah curahan hati saya kepada bakal isteri, Dahlia Rizal, ketika ianya ditulis. Kini, kami sudah menjadi pasangan yang sah dan ia membuatkan setiap bait dalam lagu ini menjadi semakin bermakna kepada saya buat Dahlia.”

“Diharapkan agar semua dapat mendoakan kebahagiaan kami sampai ke hujung nyawa, seperti yang dititipkan dalam bait-bait lagu ini,” ulas Imran.

Aiman Sidek, penyanyi dan penulis bersama lagu ini berkata: “Bunga Dahlia adalah sebuah karya yang ditulis dan dipersembahkan bersama dengan bekas peserta Hero Remaja ini berkisar mengenai seorang pencinta yang mencurahkan perasan kasih dan sayangnya kepada kekasih hatinya yang dimetaforakan sebagai sekuntum bunga yang sentiasa mekar di hati”.

Diterbitkan oleh 4U Entertainment, lagu Bunga Dahlia adalah kolaborasi bersama mereka, selepas Imran membintangi muzik video lagu Cinta Sejati, ciptaan dan nyanyian Aiman Sidek yang sudah  mendapat jumlah tontonan lebih 15 juta di saluran Youtube 4U Entertainment.

Imran juga membuat penampilan dalam lagu ‘Bunga Dahlia’ tersebut melalui sebuah puisi khas buat isterinya yang tercinta, Dahlia Rizal.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif bagi pihak 4U Entertainment, Meor Alfaizal dan Raja Azraff mendedahkan perbincangan dengan Imran untuk menghasilkan lagu ini  berlangsung, sebaik

sahaja Imran mengikat pertunangan dengan Dahlia.

Imran Aqil dan isteri, Dahlia Rizal selepas majlis pernikahan mereka baru-baru ini. Gambar 4U Entertainment
Imran Aqil dan isteri, Dahlia Rizal selepas majlis pernikahan mereka baru-baru ini. Gambar 4U Entertainment

“Lagu ‘Bunga Dahlia’ adalah hasil karya bersama seorang personaliti muda yang sangat rendah diri dan menghormati orang sekelilingnya. Seusai pertunangan Imran pada tahun lalu, kami mengadakan perbincangan dengan Imran untuk menjayakan kejutan bermakna sempena perkahwinan mereka. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Jelasnya, pihak 4U Entertainment turut membuka peluang kepada pasangan kekasih terutamanya yang bakal mendirikan rumah tangga serta ingin berkolaborasi bagi menghasilkan buah tangan istimewa sempena hari bahagia buat pasangan masing-masing. Hubungi 0123989828 untuk perbincangan dan maklumat lanjut. – Getaran, 26 September 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Imran Aqil, Dahlia Rizal Sah Bergelar Suami Isteri

2

TARA 3 tahun yang lalu

'Kopi Sepi' Untuk Insan Yang Mencari Cinta, Aiman Sidek Jelaskan Single Baharunya 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN