web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Kopi Sepi' Untuk Insan Yang Mencari Cinta, Aiman Sidek Jelaskan Single Baharunya 

Lagu terbitan label 4U Entertainment itu, dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Kopi Sedunia yang kebetulan jatuh pada hari ini iaitu 1 Oktober. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 2:15PM

'Kopi Sepi', buah tangan terbaharu Aiman Sidek. - Gambar 4U Entertainment

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kopi adalah segalanya! Pernah dengar kenyataan ini? Kopi sering mencetuskan saat-saat yang indah dan membangkitkan semangat untuk menempuh hari yang seterusnya dan menjadi diri kita lebih kreatif dalam bekerja. 

Namun, kopi juga mampu mencetuskan kenangan cinta lalu buat segelintir orang dan inilah yang cuba diungkapkan penyanyi Aiman Sidek di dalam single terbaharunya, 'Kopi Sepi' yang bergenre jazz pop. 

Lagu terbitan label 4U Entertainment itu, dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Kopi Sedunia yang kebetulan jatuh pada hari ini iaitu 1 Oktober. 

“Lagu 'Kopi Sepi' ini saya tulis dan nyanyikan berinspirasi daripada kesepian insan-insan yang sedang mencari atau mengenangkan cinta yang lalu dengan rentak pop jazz bersama vibe serta trend penggemar-penggemar kopi. 

“Saya berharap lagu ini dapat menambat hati semua yang mendengar serta memberikan rasa dan suasana yang menyenangkan terutamanya ketika sedang menghirup kopi,” katanya. 

Lagu tersebut telah mula digunakan di TikTok dan Instagram dengan jumlah hampir 500 kongsian serta lebih 1 juta tontonan sejak bahagian korus lagu tersebut dikongsikan selain mendapat reaksi positif peminat-peminat yang tidak sabar-sabar menunggu lagu ini dilancarkan.

Sebelum 'Kopi Sepi' tercetus, Aiman Sidek telah mengecapi sukses menerusi lagu duet berjudul 'Cinta Sejati' yang dinyanyikan bersama adik kandungnya Alin Sidek. 

Aiman mengakui, kejayaan 'Cinta Sejati'  telah memberikan semangat dan inspirasi kepada penulis dan komposer tersebut untuk terus berkarya.

'Cinta Sejati' yang telah dilancarkan beberapa bukan yang lalu meraih hampir 10 juta tontonan di semua platform selain menduduki tangga pertama dalam carta-carta radio. – Getaran, 1 Oktober 2022

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

01 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Imran Aqil Buat Kejutan, Ilhamkan Lagu Lambang Cinta Kepada Isteri

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari