web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penantian 17 Tahun Peminat Tidak Sia-sia, Faizal Tahir Berikan Yang Terbaik

Walaupun ini konsert solonya yang pertama, Faizal nampak cukup bersahaja dan bijak membeli jiwa peminat

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2023 7:53PM

Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur akhiri rindu peminat kepada Faizal Tahir. - gambar Taufiq Nazri

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sabtu lalu menyaksikan satu lagi kejayaan manis buat penyanyi pujaan ramai, Faizal Tahir apabila konsert solonya yang pertama berlangsung cukup lancar dan mempersona.

Bertempat di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC), ia dihadiri oleh lebih 3,000 peminat yang sudah sekian lama menantikan penampilan penyanyi ini dalam sebuah konsert solo.

Ternyata penantian selama 17 tahun itu tidak sia-sia kerana pelantun lagu Mahakarya Cinta ini memberikan yang terbaik untuk ‘Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur’.

Walaupun ia konsert solo pertamanya, Faizal nampak cukup bersahaja dan bijak membeli jiwa peminat.

Biarpun pertama kali mengadakan konsert solo, Faizal berjaya menambat hati peminat yang datang. - gambar Taufiq Nazri
Biarpun pertama kali mengadakan konsert solo, Faizal berjaya menambat hati peminat yang datang. - gambar Taufiq Nazri

Beliau bukan sahaja berjaya memancing semua untuk turut menyanyi, tetapi juga berjaya memikat peminat untuk mendengar celotehnya. Itulah Faizal Tahir, bintang yang tiada gantinya.

Ketika ditemui media usai konsert, Faizal memberitahu ia gembira dengan jumlah kehadiran peminat biarpun sebelum ini ramai yang mengeluh tentang harga tiket yang agak tinggi.

“Saya gembira dengan kehadiran peminat malam ini. Tentang harga tiket, bukan saya yang tetapkan. Alhamdulillah akhirnya konsert ini dapat diadakan dan saya mahu berterima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi sokongan.

"Ini adalah sebuah konsert yang saya sendiri tak pernah terlintas akan buat selepas bertahun-tahun dipujuk oleh Jennifer Thompson. Beliau antara individu penting yang memujuk saya buat konsert hari ini (Sabtu),” katanya.

Pada masa sama, Faizal juga memberitahu bahawa tidak mustahil untuknya mengadakan konsert lagi pada masa akan datang kerana kemampuannya untuk berbuat demikian sudah terbukti jika ada persiapan yang rapi, rehat yang cukup, minda betul dan team yang bagus. 

"Sebelum ini saya memang tidak pernah ada keyakinan yang tinggi untuk buat konsert solo. Sebab itu saya lebih selesa keluarkan single saja.

“Seperti yang saya katakana di atas pentas tadi, saya juga lebih suka jayakan majlis yang minta saya menyanyi tiga hingga empat lagu kerana itu sudah berbaloi untuk saya,” katanya.

Selain mengalunkan lagu popular Mahakarya Cinta, Faizal turut mengiburkan peminat dengan Bencinta, Cuba, Ragaman, OK, Sampai Syurga serta Negaraku. - gambar Taufiq Nazri
Selain mengalunkan lagu popular Mahakarya Cinta, Faizal turut mengiburkan peminat dengan Bencinta, Cuba, Ragaman, OK, Sampai Syurga serta Negaraku. - gambar Taufiq Nazri

Dalam konsert yang berlangsung selama hampir tiga jam itu, Faizal mempersembahkan lebih 20 lagu yang menjadi siulan ramai sejak awal kemunculannya.

Faizal memulakan persembahan dengan Mahakarya Cinta, lagu yang berjaya menjulang namanya dalam industri muzik Malaysia.

Turut dinyanyikan pada konsert berkenaan lagunya yang tidak kurang popular seperti Bencinta, Cuba, Ragaman, OK, Sampai Syurga, Negaraku, Ratu, Sejati, Karma dan Gemuruh.

Seperkara yang menarik setiap lagu disertakan dengan penceritaan yang menarik daripada Faizal. Sama ada melalui kata-katanya yang spontan, mahupun menerusi klip video yang dipertontonkan. Hasil kreativiti pengarah konsert, Jennifer Thompson berjaya mewarnai konsert ini dengan indah.

Pujian juga harus diberikan apabila produksi turut menyelitkan sesi ‘jamming’ yang mengundang gamat apabila penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza secara sukarela naik ke pentas untuk berduet menyanyikan lagu Dirgahayu. Tidak ketinggalan, penyanyi Alif Satar juga tampil untuk sama-sama menyanyikan korus lagu Gemuruh.

Datuk Seri Siti Nurhaliza turut naik pentas berduet lagu Dirgahayu dengan Faizal. - gambar Taufiq Nazri
Datuk Seri Siti Nurhaliza turut naik pentas berduet lagu Dirgahayu dengan Faizal. - gambar Taufiq Nazri
Alif Satar juga tidak ketinggalan menyanyikan Gemuruh bersama-sama Faizal pada konsert berkenaan. - gambar Taufiq Nazri
Alif Satar juga tidak ketinggalan menyanyikan Gemuruh bersama-sama Faizal pada konsert berkenaan. - gambar Taufiq Nazri

Keseluruhanya, ‘Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur’ berjaya direalisasikan seperti yang digambarkan oleh Faizal sebelum ini.

Ia bukan sekadar sebuah konsert yang mengajak orang menyanyi dan pulang sebaliknya turut menyelitkan unsur-unsur dakwah.

“Konsert ini bukan hanya sekadar hiburan tetapi sama-sama untuk kita mengambil sesuatu yang baik dan positif tentang kehidupan.

“Ada sesi perkongsian dari dari zaman poyo, tak sedar diri sampai sedari diri. Saya nak orang pulang dengan mereka rasa mendapat sesuatu yang bermanfaat untuk diri masing-masing. Bukan sekadar sebuah konsert orang nyanyi dan balik dan habis begitu sahaja,” katanya.

Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur turut membawa unsur dakwah. - gambar Taufiq Nazri
Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur turut membawa unsur dakwah. - gambar Taufiq Nazri

Seperti sidang media pengumuman mengenai konsert itu sebelum ini, Faizal berkata ia membawa penonton dalam sebuah penggembaraan kehidupan iaitu daripada tanggungjawab seorang penyanyi kepada seorang Muslim dan dari seorang artis kepada seorang bapa. – Getaran, 4 September 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 23 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN