web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Sah Bercerai Talak Satu

Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin mengesahkan bahawa lafaz cerai yang dilafazkan oleh Hafidz pada Nurul Shuhada pada 22 Februari lalu adalah sah.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2023 8:08PM

Hakim memutuskan lafaz cerai dibuat Hafidz Roshdi Februari lalu adalah sah - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya selepas kemelut yang berpanjangan, pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada sah bercerai talak satu hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Hakim syarie Siti Rahmah Hussin memutuskan bahawa lafaz cerai yang dilafazkan oleh Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Haifdz Roshidi, 29, pada 22 Februari lalu terhadap Shuhada adalah sah mengikut hukum syarak.

Disebabkan tempoh sah lafaz cerai telah berlaku pada Februari lalu, Shuhada juga tidak lagi perlu menjalani tempoh edah berikutan ia sudah berakhir pada 23 April lalu.

Hafidz ketika ditemui pihak media sejurus tamat prosiding berkata, dia bersyukur kerana semuanya telah selesai.

“Alhamdulillah. Saya lega kerana semuanya telah selesai dengan cara yang baik tanpa ada pergaduhan. Saya menghormati keputusan hakim dan berpuas hati dengan keputusan hari ini,” katanya yang tampil segak apabila bersut lengkap dengan tali leher.

Sementara itu bagi Shuhada pula, dia memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana satu daripada bebannya telah hilang.

“Alhamdulillah syukur Allah permudahkan dan melancarkan semua urusan pada hari ini. Selepas ini saya akan teruskan kehidupan untuk memberi keselesaan pada dua anak saya. Saya mahu mereka berjaya.

“Saya juga mahu capai cita-cita saya yang selama ini tertangguh. Saya akan sambung belajar selepas ini,” katanya dengan genangan air mata.

Ditanya adakah dia akan terus bersahabat dengan bekas suaminya selepas ini, kata Shuhuda perkara itu tidak mungkin terjadi, namun mereka akan terus berkomunikasi atas urusan anak-anak.

Hafidz dan Nurul Shuhada telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya matai aitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Shuhada juga sempat mengandungkan anak ketiga mereka beberapa bulan lalu sebelum alami keguguran.

Rumah tangga mereka mula goyah apabila dikaitkan dengan orang ketiga sehingga membuatkan Nurul Shuhada nekad untuk memfailkan penceraian pada Februari lalu.

Semoga Hafidz dan Shuhada dapat meneruskan kehidupan baru dengan lebih tenang dan gembira disamping anak-anak. – Getaran, 27 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang