web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Kazakhstan Tambat Hati Fadlan Hazim, Selamat Diijabkabulkan Dengan Sekali Lafaz

Pasangan sama cantik sama padan ini sah sebagai suami isteri dalam majlis yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kira-kira jam 10.27 pagi tadi.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2023 2:00PM

Fadlan Hazim dan Aiya Mukhamedsalova - gambar Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon kacak, Fadlan Hazim, 31,  selamat bergelar suami kepada wanita asal Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova, 29, dengan hanya sekali lafaz kira-kira jam 10.27 pagi tadi.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Fairudz Saderi di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pada acara yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat itu, Fadlan telah menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin emas beserta lima dulang hantaran kepada pihak perempuan.

Walaubagaimanapun, ahli keluarga pihak perempuan tidak dapat hadir ke majlis itu. Namun pasangan mempelai sempat membuat panggilan video bersama ibu pengantin perempuan sejurus selepas mereka disatukan sebagai suami isteri.

Mempelai membuat panggilan video bersama keluarga Aiya yang berada di Kazakhstan - gambar Helmi Anuar
Mempelai membuat panggilan video bersama keluarga Aiya yang berada di Kazakhstan - gambar Helmi Anuar

Fadlan ketika ditemui pihak media berkata dia sangat bersyukur kerana akhirnya telah sah menjadi suami kepada Aiya.

"Saya ambil masa selama tujuh bulan sebelum tiba saat ini. Banyak urusan perlu diselesaikan berhubung soal dokumentasi memandangkan isteri saya bukan warganegara Malaysia.

"Kami juga sibuk dengan kerjaya masing-masing. Saya sedang menjalani penggambaran drama 50 episod.

“Tetapi Alhamdulillah, selepas tujuh bulan bertungkus lumus, bersusah payah selesaikan semua dokumen dan perkara wajib, hari ini kami saya disatukan sebagai suami isteri," katanya.

Fadlan dan Aiya bersalaman sebaik sah diijabkabul - gambar Helmi Anuar
Fadlan dan Aiya bersalaman sebaik sah diijabkabul - gambar Helmi Anuar

Biarpun seringkali berlakon babak pernikahan, namun kata Fadlan perasaan ketika berjabat tangan dengan jurunikah di alam realiti lebih mendebarkan.

"Saya lega kerana hanya sekali lafaz. Mungkin kerana sudah banyak kali 'training' waktu berlakon. Tetapi perasaan berdebar itu tetap ada," ujarnya.

Fadlan juga akan mengadakan majlis resepsi pada bulan Oktober nanti memandangkan ahli keluarga isterinya hanya dapat datang ketika itu.

Ditanya apa yang membuatkan dia terpaut dengan Aiya, kata Fadlan kedua-dua mereka mempunyai sifat yang sama iaitu 'introvert'.

Beristerikan jurutera perisian komputer yang didominasi oleh kaum lelaki, kata Fadlan, dia sudah faham dengan dunia seorang jurutera tatkala ditanya tidakkah timbul perasaan cemburu, apabila melihat isteri dikelilingi rakan sekerja.

"Ibu saya merupakan seorang jurutera. Saya membesar melihat dia bekerja sebagai seorang jurutera. Jadi saya sudah biasa.

"Mungkin isteri saya yang rasa sedikit cemburu apabila melihat babak-babak mesra yang saya lakonkan.

"Tetapi sebagai seorang suami, saya akan jaga batas. Sebelum ini pun saya tak pernah melakonkan babak-babak yang berlebihan dengan pelakon wanita, kongsinya.

Majlis pernikahan Fadlan turut dihadiri oleh rakan baiknya iaitu pelakon popular, Zul Ariffin yang baru pulang dari tanah suci bagi mengerjakan ibadah haji.

Tahniah diucapkan kepada Fadlan dan isteri. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Selamat pengantin baharu. - Getaran, 16 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN