web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aktor Taiwan Ini Mengaku Meniduri Dua Gadis Korea Sewaktu Bercuti Di Pulau Boracay 

Seorang aktor Taiwan popular, Bruce Hung telah membuat pendedahan berani mati apabila memberitahu dia telah meniduri dua gadis Korea sewaktu diwawancara dalam sebuah program bual bicara. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 10:30AM

Bruce Hung - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bruce Hung, 32, yang memulakan kerjaya lakonannya di layar perak menerusi filem Café Waiting pada 2014 memang sentiasa menjadi tumpuan gadis dan wanita, apatah lagi bila dikurniakan sosok tubuh yang tegap sasa serta wajah kacak ala boyish.

Bercita-cita menjadi seorang aktor yang serius, Bruce cukup aktif berlakon dalam pelbagai drama dan filem sejak muncul dalam filem Café Waiting.

Baru-baru ini, Bruce telah dipelawa menjadi selebriti undangan untuk membicarakan mengenai projek terbaharunya dalam program bual bicara, Dee Girls Talk yang dikendalikan Dee Hsu. 

Di dalam program itu, Bruce turut berkongsi cerita tentang percutiannya di di Boracay. 

“Sewaktu berada di percutian ini, saya telah mewarnakan rambut saya menjadi kelabu blonde? Seperti ala-ala ahli kumpulan Kpop dan bentuk badan saya ketika itu fizikal saya memang berada di puncak,” katanya. 

Kemudian, Dee bertanya Bruce: “Jujurlah. Sewaktu berada di Boracay, adalah anda melakukan one-night stand

Bruce Hung tanpa segan silu berbicara mengenai hal peribadinya.
Bruce Hung tanpa segan silu berbicara mengenai hal peribadinya.

Mungkin, ada yang menyangka bahawa aktor ini cuba untuk mengelak daripada menjawab soalan itu, tetapi pengakuannya cukup memeranjatkan.

“Dua kali bersama gadis yang berbeza. Kedua-duanya adalah gadis Korea. Mereka cukup cantik sekali. Maaf, saya malu,” kata Bruce menghentikan bicara. 

Walaupun pelakon itu seolah-olah tidak mempunyai masalah untuk berterus-terang akan hal itu, namun tidak bagi pengurusnya. 

Bahkan, pengurusnya serta-merta telah berdiskusi dengan pasukannya untuk berbincang tentang cara menangani publisiti negatif yang bakal diterima aktor tersebut. 

Keadaan itu memaksa Dee untuk menenangkan sang pengurus Bruce sambil berkata: “Pengurus, sekarang ini sudah abad ke-21 ya. Bercakap benar sahaja okay,” katanya, 

Dee juga memberitahu bahawa tidak ada salahnya bercakap jujur mengenai topik ini pada zaman sekarang. 

Selepas mengikuti wawancara tersebut, netizen pula meninggalkan komen pada video wawancara tersebut. 

“Saya tidak pernah melihat selebriti yang jujur."

 "Apabila anda masih bujang, melakukan one-night stand adalah persetujuan bersama. Ia satu perkara biasa.  Selebriti juga manusia.

 "Bruce Hung sangat real. Episod ini bagus”.

 "Dia sangat real. Tetapi ini lebih baik daripada melakukannya secara sembunyi dan kemudian terdedah suatu hari nanti”

Nampaknya pengurus Bruce boleh menarik nafas lega! Tetapi, bagi Muslim, perlakuan one night-stand ini memang tidak boleh diterima kerana ia dilarang di dalam agama. – Getaran, 28 Mei 2023  

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN