web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Liyana Jasmay Meninggal Dunia Akibat CNS Limfoma Tahap Keempat

Liyana Jasmay dalam Instagram Stories miliknya tidak dapat menyembunyikan kesedihannya turut menulis bahawa dia sangat bertuah memiliki seorang ibu seperti arwah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 2:00PM

Liyana Jasmay bersama ibunya, Allahyarham Habsah Simpon - Tangkapan layar Instagram Stories Liyana Jasmay

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibu tercinta kepada aktres Liyana Jasmay iaitu Datin Habsah Simpon telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 66 tahun akibat penyakit CNS (Central Nervous System) Limfoma Tahap Keempat di Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 8.30 pagi tadi. 

Perkara itu telah dimaklumkan oleh wakil pihak keluarga Liyana Jasmay iaitu Norhazwani Jamil sewaktu dihubungi Getaran. 

Menurut Norhazwani, Allahyarham Habsah telah dikesan menghidap CNS Limfona Tahap Keempat sejak dua bulan yang lalu. 

“Sejak itu, kesihatan arwah telah mula menurun,” katanya. 

Keluarga Liyana Jasmay pada Hari Raya tahun 2020 - Gambar Instagram Habsah Simpon
Keluarga Liyana Jasmay pada Hari Raya tahun 2020 - Gambar Instagram Habsah Simpon

Norhazwani juga memaklumkan bahawa jenazah arwah Habsah telah dibawa ke Masjid Al Iman Kemensah dan akan akan dikebumikan selepas solat Zuhur. 

Getaran difahamkan arwah telah dimasukkan ke hospital selama dua minggu untuk mendapatkan rawatan, namun Allah SWT lebih menyayanginya dan menjemputnya untuk pulang ke pangkuan Ilahi. 

Keempat-empat anak arwah termasuk Liyana turut berada di sisi ibu mereka sebelum pemergiannya pada awal pagi tadi. 

Dalam pada itu, Liyana dalam Instagram Stories miliknya yang tidak dapat menyembunyikan kesedihannya menulis bahawa dia sangat bertuah memiliki seorang ibu seperti arwah. 

“Kerjaya saya, perjalanan saya, kehidupan saya, mama habiskan masa untuk bersama saya. Dedikasi mama terhadap saya, menunggu sehingga subuh untuk saya habiskan penggambaran, promo dan apa sahaja yang membuatkan saya gembira. 

Tangkapan layar Instagram Stories Liyana Jasmay
Tangkapan layar Instagram Stories Liyana Jasmay

“Tidak pernah saya tahu bahawa ada mak yang teman anak belajar di luar negara berbulan-bulan, tinggalkan babah (bapa), dan babah pun sanggup lepaskan mama semata untuk menjaga saya. 

“Saya sangat bertuah mempunyai ibu bapa yang hebat dan sebab itu mama adalah ibu yang istimewa mama! Mama sayang cantik saya,” katanya. 

Untuk rekod, Liyana Jasmay telah kehilangan bapa kandungnya, Datuk Jasmay MD Shah akibat kanser paru-paru pada 17 Disember 2021.- Getaran, 12 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...