web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Sah Terima 2 Laporan Isteri Hafidz Roshdi Gugurkan Kandungan

Muhammad Hafidz berkata laporan polis pertama dibuat untuk melindungi dirinya manakala laporan kedua dibuat selepas Nurul Shuhada meminta wang untuk kos rawatan keguguran.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 6:05PM

Polis mengesahkan menerima dua laporan daripada pelakon Muhammad Hafidz Roshdi (kiri) berhubung dakwaan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri menggugurkan kandungan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis mengesahkan menerima dua laporan daripada pelakon Muhammad Hafidz Roshdi berhubung dakwaan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri menggugurkan kandungan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan pada 9 malam 17 April dan 1.21 tengah malam 6 Mei lepas, namun tiada sebarang siasatan lanjut dibuat ke atas laporan itu.  

“Laporan polis telah dirujuk kepada pihak Mahkamah Syariah kerana kes berkaitan dengan isu tersebut masih berjalan…” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Muhammad Hafidz selepas prosiding sebutan semula kes cerai terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, memaklumkan bahawa beliau telah membuat dua laporan polis terhadap Nurul Shuhada, mendakwa isterinya menggugurkan anak ketiga mereka.

Muhammad Hafidz berkata laporan polis pertama dibuat untuk melindungi dirinya manakala laporan kedua dibuat selepas Nurul Shuhada meminta wang untuk kos rawatan keguguran.

Nurul Shuhada yang ditemui pemberita di lokasi yang sama berkata beliau tidak boleh mengulas berhubung dakwaan suaminya itu kerana masih dalam siasatan polis dan akan memberi keterangan di Balai Polis Kangar, Perlis hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

3

Video & Galeri 2 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

4

Semasa 2 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN