web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Faizal Hussein Tak Pernah Halang Isteri Daripada Berlakon, Tapi…. 

Sejak berkahwin dan memiliki dua cahaya mata, wajah Suhaila yang pernah popular dengan telemovie Kem 505 ini tidak lagi kelihatan di kaca televisyen 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 6:00PM

Faizal dan isteri serta anak-anak. - Gambar dari Instagram @faizalhusseinofficial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal, Faizal Hussein mengakui dia tidak pernah menghalang isterinya, Suhaila Sulaiman daripada meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon.

Suhaila sebelum ini pernah membintangi beberapa telemovie dan drama sebelum berkahwin.

Antara yang paling diingati ramai pastinya telemovie Kem 505 yang dibintangi kira-kira 20 tahun lalu. 

Namun, selepas mendirikan rumahtangga bersama Faizal pada 2004 serta dikurniakan dua cahaya mata, wajah ayunya tidak lagi kelihatan di kaca televisyen.

Faizal Hussein dan Suhaila Sulaiman.
Faizal Hussein dan Suhaila Sulaiman.

"Saya tak pernah halang isteri saya daripada berlakon. Tetapi, dia sudah selesa menjaga anak-anak. Dia pula sudah bertudung. Macam tak kena kalau bawa watak jahat tapi bertudung

"Ada sahaja tawaran yang datang seperti daripada Osman Ali kerana mereka berdua satu 'batch'. Tetapi isteri saya sibuk menguruskan anak-anak yang masih bersekolah.

"Saya sendiri sejujurnya lebih senang melihat isteri saya duduk di rumah. Melainkan gaji saya tak cukup untuk menampung keluarga," katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama Viu Malaysia. 

Setelah lama tidak melihat lakonan Suhaila, pasangan suami isteri ini telah muncul dalam iklan raya jenama terkenal Jakel yang menjadi tular di media sosial. 

Menurut Faizal dia sangat selesa apabila dapat bergandingan dengan isterinya sendiri sebagai pasangan suami isteri di set penggambaran.

Dalam perkembangan lain, Faizal bakal muncul dengan siri terbaru di Viu Malaysia berjudul W : Two Worlds  yang diadaptasi daripada versi Korea. - Getaran, 11 Mei 2023 




 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN