web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bapa Berubah Sikap Selepas Kahwin - Anak Tiri Miera Leyana Reda Andai Ibu Dan Bapanya Berpisah.

Nur Izzah dan bapanya Rosland dilihat turut tidak bertegur sapa sewaktu kedua-dua mereka hadir ke prosiding pelantikan wakil Jawatankuasa Pendamai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 2:00PM

Nur Izzah (kiri) bersama ibu (tengah) dan adiknya. - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anak tiri kepada pelakon Miera Leyana, Nur Izzah Rosland, 26, mengakui bapanya mula berubah sikap selepas berkahwin dengan aktres itu.

Malah nombor telefonnya juga telah disekat oleh bapanya sejak kejadian adiknya diambil oleh bapanya pada Februari lalu. 

Izzah juga dilihat tidak bertegur sapa dengan bapanya ketika kedua-dua mereka hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu biarpun berada di tempat yang sama. 

"Saya okay saja. Saya sudah biasa. He was a different person then and he is a different person now. Sebenarnya saya rasa lagi tenang bila tidak bercakap dengannya," katanya ketika ditemui pihak media. 

Ditanya sejak bila bapanya dilihat berubah sikap, kata anak sulung kepada lima adik beradik ini, bapanya mula berubah sejak berkahwin dengan Miera Liyana. 

Sebagai anak sulung, Izzah juga akan sentiasa berada di sisi ibunya dan akan terus memberikan semangat dan kekuatan biarpun dirinya juga kini sudah berumah tangga. 

Nur Izzah - Gambar oleh Helmi Anuar
Nur Izzah - Gambar oleh Helmi Anuar

"Sebagai anak sudah tentu saya akan rasa kecewa dan sedih melihat apa yang sedang berlaku dalam perkahwinan ibu dan bapa saya. 

"Saya percaya apa yang berlaku ini semua adalah ujian. Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Jika mereka boleh temui solusi dan tidak bercerai, itu lebih baik. 

“Tetapi andai kata mereka ditakdirkan bercerai, sudah tentu akan menyedihkan tetapi dalam masa yang sama saya rasa mungkin ini perkara yang terbaik untuk ibu. Sudah dua tahun dia rasa tergantung," kongsinya.

Izzah juga berharap seandainya ibu dan bapanya berpisah nanti, mereka masih boleh sama-sama membesarkan adik-adiknya yang masih berusia di bawah 12 tahun. 

Dalam persidangan yang berlangsung pagi tadi, isteri pertama Rosland iaitu Adibah Abdul Mutalib melantik abang sulungnya Azman Abdul Mutalib sebagai wakil JKP.

Sementara itu Rosland pula diwakili adiknya, Kamarul Othman. Rosland turut ditemani abang dan ibu Miera ketika hadir ke mahkamah.

Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. 

Sementara itu Rosland bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka memiliki seorang cahaya mata yang lahir pada Mei 2021. - Getaran, 3 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tidak Rasional Tuduh Kerajaan Persekutuan Anak Tiri Negeri Pembangkang - Saifuddin

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Rogol Anak Tiri: Mahkamah Kekalkan Hukuman Penjara 42 Tahun

3

Usahawan 2 tahun yang lalu

Zolkefli Ternak 4 Spesies Lebah Kelulut Hasilkan Madu Asli Bermutu Tinggi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Sumbang Mahram Dengan Anak Tiri - Peniaga Warung Dipenjara 15 Tahun, 19 Sebatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN