web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zolkefli Ternak 4 Spesies Lebah Kelulut Hasilkan Madu Asli Bermutu Tinggi

Zolkefli Rashid berkata walaupun mengetahui bakal berdepan cabaran dan risiko, tetapi kerana minat mendalam mengenai madu lebah menyebabkan beliau mengusahakan lebah kelulut sejak lima tahun yang lalu.

Usahawan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 8:04AM

Zolkefli Rashid, 28, menyedut madu dari sarang lebah kelulut di halaman belakang rumahnya di Kampung Kundur - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG -  Menyedari kesukaran untuk mendapatkan madu asli, Zolkefli Rashid, 28, memberanikan diri menceburi perniagaan madu dengan menternak empat spesies lebah kelulut iaitu Trigona Itama, Trigona Torasica, Trigona Terminata dan Trigona Canifrons.

Zolkefli berkata walaupun mengetahui bakal berdepan cabaran dan risiko, tetapi kerana minat mendalam mengenai madu lebah menyebabkan beliau mengusahakan lebah kelulut di Kampung Kundur, di sini, sejak lima tahun yang lalu.

“Pada mulanya saya hanya pelihara satu log sarang lebah kelulut, untuk minum sendiri madu yang dihasilkan. Saya mula sedar mengenai khasiatnya untuk kesihatan dan kesukaran mendapatkan madu yang asli di pasaran.

“Saya kemudiannya menambah log sarang sedikit demi sedikit dan kini memiliki lebih 20 log yang diletakkan di sekitar halaman belakang rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya dekat Kampung Kundur, di sini.

Zolkefli yang juga bekerja sebagai penjual sayur di Pasar Borong Gua Musang berkata selain mendapatkan khidmat nasihat daripada kenalan penternak lebah, beliau turut menggunakan media sosial sebagai sumber rujukan mengenai kaedah menternak lebah kelulut yang betul, termasuk cara terbaik menghasilkan madu yang berkualiti.

“Antara pengalaman atau cabaran ketika saya mengusahakan madu lebah ialah pernah ditipu dan membeli log sarang yang rosak, sehingga menyebabkan ibu lebah kelulut yang dipelihara lari meninggalkan sarang, selain log sarang diserang haiwan seperti katak, cicak dan semut.

“Saya juga berpuas hati apabila dapat menyedut madu dari kantung-kantung kecil dalam setiap log sarang lebah kelulut setiap bulan dan memperoleh hasil madu sekitar satu hingga lebih dua kilogram selepas tempoh matang,” katanya yang mampu meraih pendapatan hampir RM1,000 sebulan.

Zolkefli berkata madu kelulut tersebut dijual pada harga yang berpatutan dan mengikut saiz botol bermula dari RM30 hingga RM180 sebotol. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Bapa Berubah Sikap Selepas Kahwin - Anak Tiri Miera Leyana Reda Andai Ibu Dan Bapanya Berpisah.

2

Refleksi 3 tahun yang lalu

Tinggal Serumah Bersama 20 Ekor Haiwan Eksotik

3

Politik 3 tahun yang lalu

BN Hormati 'Langkah Demokrasi' Ismail - Wan Rosdy

4

Gaya 4 tahun yang lalu

Nak Cantik, Tak Semestinya Berhabisan Ribuan Ringgit

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan