web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN Hormati 'Langkah Demokrasi' Ismail - Wan Rosdy

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 4:05PM

Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan tindakan Ismail Abd Muttalib yang diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) sebagai ‘satu keraian demokrasi’ - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LIPIS - Penyandang Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berhak bertanding di mana-mana platform yang dikehendakinya selepas digugurkan daripada mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menyifatkan tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu yang diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) sebagai ‘satu keraian demokrasi’, Wan Rosdy berkata BN tidak boleh menghalang penyandang kerusi yang tidak dicalonkan bertanding atas tiket parti lain.

"Terpulang kepada dia (Ismail). Kita tak boleh nak halang sebab dia tidak dicalonkan (mewakili BN). Kalau dia berasakan layak mempertahankan kerusi yang pernah disandangnya, kita tak boleh buat apa sebab kita demokrasi," katanya kepada pemberita di Majlis Pelancaran dan Penyerahan Tapak Projek Penternakan Ayam Felcra di Sungai Damak Jeransang di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad Datuk Mat Roni Zakaria.

Pada Selasa, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kerusi Parlimen Maran akan ditandingi Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, menggantikan Ismail yang menjadi Ahli Parlimen di situ sejak  2004.

Pengumuman Ismail bertanding bagi PN dibuat Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pada majlis di Marang, Terengganu malam tadi, walaupun sebelum ini, PN telah menamakan Fazil Azmi Nadzri dari PAS sebagai calon kerusi tersebut. 

Ismail juga dijangka mengadakan sidang media bersama Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada petang ini. 

PRU15 akan diadakan 19 November ini, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai penamaan calon manakala 15 November hari pengundian awal. 

Sementara itu, Abdul Rahman berkata ladang ternakan yang akan dibina di tanah seluas 20 hektar itu dijangka dapat menghasilkan 250,000 ekor ayam pada satu pusingan bersamaan dengan 1.5 juta ekor setahun. 

"Saya turut berharap usaha Felcra mengusahakan program mega luar bandar akan memberikan impak besar pembekalan ayam segar tempatan selain menambah peluang pekerjaan kepada peserta Felcra dan meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad