web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nak Cantik, Tak Semestinya Berhabisan Ribuan Ringgit

Salun rawatan wajah entah bila boleh beroperasi. Daripada terus menunggu, baik usaha cantikkan wajah sendiri. Bahan-bahan yang digunakan mudah dan menjimatkan!

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 9:12AM

Gambar: Shiny Diamonds, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Semakin meningkat usia, ramai wanita mula bimbang dengan tanda-tanda penuaan yang semakin hari semakin jelas kelihatan. Benar, kecantikan itu adalah universal. Cantik di mata kita, mungkin tidak di mata orang lain.

Masing-masing punya tafsiran tersendiri tentang definisi kecantikan. Namun yang pasti, ramai wanita di luar sana sanggup mengeluarkan belanja dan mempraktikkan rutin kecantikan tertentu bagi memastikan penampilan sentiasa cantik berseri. Bukan semata-mata untuk orang lain, tetapi untuk kepuasan diri sendiri.  

Abaikanlah cakap-cakap mereka yang suka menyindir tentang rutin kecantikan anda. Tak penting pun kerana mereka tidak tahu apa yang anda lalui. Mulut tempayan bolehlah ditutup, mulut manusia jawapannya, tidak mungkin. Cari kebahagian sendiri. Buat atau amalkan rutin kecantikan yang dirasakan sesuai dengan diri. 

Hendak cantik tidak semestinya perlu berbelanja ribuan ringgit. Buktinya, lihat ‘orang-orang lama’ yang dekat dengan anda. Pasti ada yang mencuri perhatian. Tanpa suntikan botox, rawatan laser atau minuman kolagen, mereka tetap terlihat cantik.

Sebab apa? Sebab rutin kecantikan mereka menggunakan bahan-bahan semula jadi yang memiliki segudang manfaat. Bahkan, tidak memudaratkan meskipun diamalkan dalam tempoh panjang.

Untuk mendapatkan kulit wajah sihat menawan, jom buat sendiri masker wajah di rumah menggunakan ‘resipi’ berikut. Salun rawatan wajah pun entah bila boleh beroperasi. Daripada terus menunggu, baik usaha cantikkan wajah sendiri. Bahan-bahan yang digunakan mudah dan menjimatkan! 

1) Masker limau nipis untuk mencerahkan kulit wajah 

Antioksida yang terdapat dalam limau nipis akan membantu kulit wajah terhindar daripada jerawat, membantu untuk mencerahkan wajah, mengatasi minyak berlebihan dan menyingkirkan sel-sel kulit mati. Cara memakai adalah seperti berikut:

  • Limau nipis dibelah dua dan oleskan pada seluruh wajah.
  • Biarkan selama 30 minit atau sehingga ia benar-benar kering. 
  • Selepas itu, bilas dengan air sehingga bersih.
  • Lakukan rutin ini secara teratur. 2 atau 3 kali seminggu.

Namun perlu diingatkan, masker ini mungkin tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

2) Masker lobak merah dan madu untuk atasi kulit wajah kusam

Lobak merah kaya dengan vitamin A dan beta karotena yang bagus untuk mendapatkan kulit sihat berseri.

Manakala madu mengandungi 13 vitamin, mineral dan asid amino yang mesra kulit, ia telah digunakan dalam produk mandi dan kecantikan sejak zaman Mesir purba Cleopatra. Madu mampu membuatkan kulit lembut dan sihat jika diaplikasikan ke wajah sebagai masker.

Cara membuatnya:

  • Sediakan sebatang lobak merah dan satu sudu besar madu asli.
  • Bersihkan lobak merah dan parut kesemuanya dan campurkan dengan madu.
  • Sapukan secara merata pada keseluruhan wajah dan biarkan selama 20 minit.
  • Bilas dengan air sehingga bersih.

Untuk hasil yang memuaskan, boleh buat masker ini seminggu sekali.

3) Masker telur untuk menganjalkan kulit wajah 

Protein yang terkandung dalam telur boleh membuatkan kulit kelihatan lebih anjal dan awet muda. Kandungan kalium dan riboflavin atau B2 membantu menjaga kelembapan dan melembutkan kulit.

Bagaimana caranya?

  • Ambil sebiji telur dan asingkan yang putih dengan yang kuning.
  • Pukul telur putih sehingga ia sedikit berbuih dan setelah itu sapukan pada keseluruhan wajah.
  • Biarkan sehingga kering dan bilas menggunakan air sejuk sehingga bersih.

Satu fakta yang anda harus tahu, masker telur tidak boleh digunakan selalu kerana ia boleh menyebabkan kekeringan kulit wajah. Gunakan masker ini sebulan sekali.

4) Masker avokado dan madu untuk melembap dan meremajakan kulit wajah

Lemak yang terkandung di dalam avokado boleh menambahkan kelembapan pada kulit, sedangkan kandungan vitamin E di dalamnya membantu rona kulit bawah tampil sekata. Kandungan humectant semula jadi yang ada pada madu akan mengunci kelembapan pada kulit dan membuatnya lebih cerah. Cara penyediaan dan pemakaian:

  • Sediakan setengah biji buah avokado dan satu sudu besar madu asli.
  • Hancurkan atau lenyek avokado sehingga lumat dan campurkan dengan madu. Kacau hingga sekata.
  • Oleskan pada wajah dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Jika anda mempunyai kulit jenis kombinasi, maka aplikasikan masker hanya pada kawasan wajah yang lebih kering. 
  • Bilas wajah sehingga bersih dengan menggunakan air sejuk atau lap secara perlahan-lahan dengan menggunakan tuala basah.

Boleh amalkan masker ini seminggu sekali, bergantung kepada keperluan wajah anda.

Selain itu, anda juga dinasihatkan supaya minum air kosong dengan secukupnya untuk memastikan tubuh badan kekal sihat dan cergas. Tubuh yang sihat akan membuatkan penampilan lebih menyerlah, sekaligus mempamerkan kecantikan luar dan dalam.

Selamat mencuba. Kekal sihat dan cantik!

Kredit foto : Unsplash /  Shiny Diamond, Pexels





 

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengapungan Harga Ayam, Telur Pastikan Warga Asing, Golongan 'Maha Kaya' Tidak Nikmati Subsidi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan