web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemergian Mael XPDC Beri Kesan Terhadap Industri Rock Tempatan - Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Twitter beliau berkata hal ini kerana Allahyarham Mael merupakan antara nama besar dalam lapangan seni tanah air.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 10:03AM

Pemergian penyanyi kumpulan XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael, yang meninggal dunia semalam akan meninggalkan dampak mendalam terhadap industri muzik rock tempatan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemergian penyanyi kumpulan XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael, yang meninggal dunia semalam akan meninggalkan dampak mendalam terhadap industri muzik rock tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Twitter beliau berkata hal ini kerana Allahyarham Mael merupakan antara nama besar dalam lapangan seni tanah air.

“Saya utus takziah kepada keluarga Allahyarham saudara Syed Ismail yang menyahut panggilan Ilahi.

“Saya turut berduka dan mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Berita kematian Mael, 55, turut dikongsi oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Bro Yazid di laman Facebook beliau.

"Innalillahiwainnailaihirojiun, al-Fatihah, penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar pukul 9 malam tadi," katanya.

XPDC merupakan kumpulan rock popular ketika era 1980 hingga 1990-an dan sering mengadakan konsert di tapak pesta di seluruh negara sehingga diberi jolokan sebagai “Raja Funfair”. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

2

Politik 3 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas