web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fahmi Kongsi Khabar Duka Pemergian Penyanyi Mael XPDC

Berita kematian Mael, 55, turut dikongsi oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Bro Yazid di laman Facebook beliau.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 7:04AM

Mael XPDC - Gambar Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkongsi khabar duka pemergian penyanyi kumpulan XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim, atau Mael, yang meninggal dunia malam tadi.

Fahmi berkata sebagai antara jutaan peminat penyanyi kumpulan rock itu, beliau mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Innalillah. Menerima khabar duka. Penyanyi kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael meninggal dunia sebentar tadi.

“Saya antara jutaan peminat beliau dan orang sekeliling saya tahu ‘Semangat yang Hilang’ merupakan lagu kegemaran saya. Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Berita kematian Mael, 55, turut dikongsi oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Bro Yazid di laman Facebook beliau.

 "Innalillahiwainnailaihirojiun, al-Fatihah, penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar pukul 9 malam tadi," katanya.

XPDC merupakan kumpulan rock popular ketika era 1980 hingga 1990-an dan sering mengadakan konsert di tapak pesta di seluruh negara sehingga diberi jolokan sebagai 'Raja Funfair.' - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas