web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Rumah Tangga Artis Tak Perlulah Kita Tokok Tambah - Awal Ashaari

Menurut Awal, para selebriti yang terpaksa berhadapan dengan ujian perceraian hanyalah manusia biasa yang sedang berada dalam fasa sangat rapuh. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 8:00PM

Scha dan Awal mengakui punya cara tersendiri menguruskan sebarang perkara berbangkit dalam rumah tangga mereka. - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Awal Ashaari menasihati warganet agar tidak menimbulkan komen berbaur hasutan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan rakan-rakan selebriti yang sedang dilanda ujian rumah tangga.

Menurut Awal, para selebriti yang terpaksa berhadapan dengan ujian perceraian hanyalah manusia biasa yang sedang berada dalam fasa sangat rapuh. Oleh itu, komen-komen melampau yang dikeluarkan pengguna di laman sosial akan mengguris hati banyak pihak terlibat.

“Mereka yang sedang mengalami ujian rumah tangga boleh dikatakan adalah pelakon yang seangkatan dengan saya. Saya turut bersedih dengan berita tersebut. Namun urusan jodoh di tangan Tuhan, siapa kita untuk memberi komen.

“Bila ujian begini berlaku, saya minta agar orang diluar tidak tokok tambah dan mengapi-apikan mereka. 

“Dalam fasa ini, mereka sebenarnya sangat fragile. Bila ada komen menghasut, mereka boleh keluarkan kenyataan yang terburu-buru tanpa berfikir. Tak perlu kita burukkan keadaan tetapi berdoalah untuk mereka,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis buka puasa anjuran Astro.

Perkara itu turut disokong isterinya, Scha Alyahya yang mengingatkan orang ramai agar menghormati setiap keputusan yang bakal diambil oleh selebriti terlibat. Pelakon itu tidak menolak, berita perceraian rakan selebriti mereka itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada emosinya.

“Saya pasti perceraian adalah perkara yang semua orang ingin elakkan. Namun, bukan kita yang melalui ujian itu dan kita tidak tahu cerita yang sebenarnya. Jadi, doakan sahaja buat mereka dan biarlah mereka ambil keputusan sendiri.

“Saya pesan pada Awal, sekiranya ada sebarang perkara terjadi antara kami, kita mesti fahami perasaan sendiri dan jangan ceritakan dahulu kepada orang luar. Kadangkala mereka (netizen) memberikan respons yang tidak neutral,” katanya lagi.

Ketika berhadapan dengan situasi tegang, Scha dan Awal mengakui, mempunyai cara tersendiri untuk meleraikan pergaduhan.

“Biasanya saya akan berdiam diri seketika sebab saya jenis baran juga. Ketika itulah saya akan berfikir macam-macam kemudian barulah saya akan datang dengan solusi. 

“Scha pula memang tekankan soal komunikasi. Segala apa yang terjadi kita bukan sahaja kena faham, malah hadam apa yang ingin disampaikan pasangan,” kata Awal lagi.

Terdahulu, tahun ini sahaja menyaksikan beberapa selebriti berhadapan dengan krisis rumah tangga antaranya Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana, Farid Kamil dan Diana Danielle, Afiq Muiz dan Panchara Apin. - Getaran, 17 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN