web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Persiapan Sudah 30 Peratus - Shuib Bakal Nikahi Wati Bulan Jun Ini, Raya Bersama Keluarga Bakal Isterinya Tahun Ini

Sambutan raya tahun ini juga sangat bermakna buat Shuib kerana dia akan menyambut raya pertama bersama Watie.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 8:11AM

Shuib (kanan) sudah menempah dewan untuk venue perkahwinannya.

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelawak yang kini bergelar usahawan, Shamira Muhammad, 38, atau Shuib Sepahtu mendedahkan bahawa dia bakal mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihannya Watie Hanafiah selepas raya iaitu pada bulan Jun ini.

Pendedahan itu dibuat Shuib pada majlis Sidang Media Melakar Pahala Warna Raya Suria FM yang diadakan di Hotel Eastin, malam tadi.

“Persiapan majlis ini sudah pun siap sebanyak 30 peratus. Dewan sudah ditempah tapi baju perkahwinan masih belum diputuskan lagi.

“Ada pihak yang berminat untuk menaja, tapi belum ada apa-apa yang sahih. Namun, saya terbuka untuk terima tajaan. Kenapa tidak?

“Sebab dalam soal tajaan ini, kedua-dua pihak akan mendapat manfaat. Saya dapat, awak  pun dapat, jadi kalau kitab oleh adakan kerjasama, marilah,” katanya yang mengakui akan mengadakan majlis pernikahan serta resepsi.

Mengakui segan dan malu untuk bercerita tentang soal perkahwinan, Shuib bagaimanapun berkata, dia sebenarnya lebih selesa mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana.

“Pernikahan saya ini nanti, tidaklah terlalu ‘grand’ tetapi tidak juga terlalu kecil sebab memikirkan soal ahli keluarga.

“Sebab di sebelah saya, saya dah pernah kahwin, tapi di sebelah dia, pertama kali berkahwin. Keluarga dia mahu raikan.

“Jadi, kita akan buat perkahwinan yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil tapi sederhana. Tapi, harap-harap semua orang akan gembira,” katanya.

Menurut Shuib lagi, Watie sememangnya cukup gembira apabila mereka bakal mengakhiri perhubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

“Saya rasa dia happy sangat dengan perjalanan serta apa yang dia telah lalui. Berat juga dia nak duduk di tempat arwah (Sarah Raisuddin). Semoga Allah permudahkan.

“Tapi, anak-anak memang cukup selesa dengan dia. Keluarga juga selesa dengan dia. Itu satu anugerah. Sebelum nih ada isu-isu yang tak berapa sedap didengar. Itu dan ini. Tapi, bila Allah dah permudahkan benda ini sangat baik. Harap-harap ia  berjalan dengan cukup baik,” katanya Shuib lagi.

Dari sudut dirinya pula, Shuib memberitahu, dia sememangnya sudah bersedia untuk berumah tangga semula.

“Bila saya tengok wajah anak-anak, memang saya cakap saya perlukan seseorang untuk ada dengan saya. Sebab kita tahu kebolehan dan kemampuan diri kita.

“Bila mana ada orang yang sudi untuk sama-sama, saya rasa itu satu pemberian daripada Allah. Saya tak tahu ke depan macam mana. Tapi, sudah tentu kita mahukan yang baik-baik.

“Tapi, saya perlukan sokongan sistem yang baik. Sebab saya tidak tahu bagaimana hendak melalui segalanya seorang diri.

“Sebab dari dulu lagi, kalau apa pun saya memang sukakan benda yang meriah. Kalau buka puasa kena ramai-ramai orang. Saya suka jemput orang datang rumah. Happy-happy. Bakar-bakar  ikan, bakar daging.

“Kalau sorang-sorang, itu bukan saya. Saya suka berkeluarga, lagi besar keluarga, lagi saya happy. Bila Allah hadirkan orang yang sudi untuk duduk dengan saya dan jaga  anak-anak  saya dan jaga diri saya sekali, saya kena hargai.

“Tempat arwah (Sarah Raisuddin) memang tidak boleh diganti. Tapi, apa yang boleh saya katakan dia ada perangai arwah sebanyak 20 peratus.

“Dan, saya sangat hargai cara dia layan anak-anak saya, dan saya juga nampak usaha dia terhadap ibu saya dan belah ibu mertua saya sebelum ini. Yang penting ibu merestui dan dia sangat digemari ibu saya,” katanya.

Sambutan raya tahun ini juga sangat bermakna buat Shuib kerana dia akan menyambut raya pertama bersama Watie.

“Tahun ini saya akan sambut raya di Pendang, Kedah sebab saya ikut makde dan mak mertua saya. Makde orang Kedah.  Watia pula orang Perak. Dah dekatkan?

“Jadi tahun ini, kami akan raya bersama. Kita juga ambil peluang ini untuk temukan keluarga kedua-dua belah pihak dulu.

“Ini pertama kali saya jumpa keluarga besar Watie dan pertama kali juga dia beraya dengan keluarga saya,” katanya. - Getaran, 13 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.