web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perabot Rosak Akibat Banjir, Wani Syaz Cari Barangan Rumah Berasaskan Kayu Jati

Semasa kejadian banjir yang berlaku di kediamannya Seri Medan, Johor, Wani Syaz kehilangan hampir 50 peratus kelengkapan rumah seperti perabot dan sofa yang diperbuat daripada bahan serap air.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 3:24PM

Wani kehilangan hampir 50 peratus kelengkapan rumah akibat banjir. - Gambar daripada Instagram Wani Syaz

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hampir separuh perabot di dalam rumah rosak akibat banjir, penyanyi Wani Syaz merancang membeli kelengkapan rumah menjelang raya berasaskan kayu jati agar tahan lebih lama.

Semasa kejadian banjir yang berlaku di kediamannya Seri Medan, Johor, pemilik nama sebenar Nurshazwani Selamat kehilangan hampir 50 peratus kelengkapan rumah seperti perabot dan sofa yang diperbuat daripada bahan serap air.

“Semasa kejadian, air sudah naik sampai ke tahap punggung. Sebelum ini kami pernah berhadapan dengan banjir namun tidak pernah pula setinggi ini. Air di dalam rumah ambil masa dua minggu juga untuk surut sepenuhnya.

“Sekarang saya sedang sibuk mengemas dan mengecat rumah. Ibu saya pun sudah ajak cari perabot baharu daripada bahan kayu jati sebab ia tak cepat rosak sekiranya terkena air,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis rumah terbuka anjuran FMC Music baru-baru ini.

Bercerita mengenai persiapan raya, pelantun lagu ‘Sang Purnama’ itu bakal beraya sangat sederhana di Batu Pahat, Johor seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Rumah nenek terletak di sebelah rumah saya sahaja. Jadi biasanya, kalau raya memang saya tidak kemana-mana.

“Cuma beberapa hari selepas raya saya akan kembali fokus membuka operasi kedai makan milik saya yang diusahakan bersama-sama keluarga. Resipi semuanya daripada ibu saya sendiri. Manakala saya dan abang akan ambil pesanan dan bancuh air,” katanya lagi.

Terbaru, menjelang Aidilfitri, Wani tampil dengan lagu ‘Wira Raya’ bersama-sama Wany Hasrita dan Muna Shahirah. Bukan itu sahaja, Wani turut menjinak-jinakkan diri menulis lirik hasil galakan komposer lagu ini, Ezra Kong.

“Ezra yang tanya saya ‘tak mahu cuba ke?’ kemudian saya cubalah tulis lagu itu di dalam kereta. Pendek sahaja, cuma rangkap pertama. Apapun saya sangat teruja,” katanya.

Lagu Wira Raya boleh didengari di YouTube FMC Music dan semua platform digital. - Getaran, 10 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN