web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ditikam Belakang, Dianiaya Rakan-Rakan Sendiri, Ellie Suriaty Dedah Kisah Sebenar Di Sebalik Sejarah Hitam Farid Kamil

“Dan, semasa dalam penjara itulah dia berhijrah. Dia mengajar isteri solat berjemaah bersama, memanggil guru agama mengajar anak-anak mengaji di rumah, bahkan mendalami ilmu agama. Sebab itu, saya cakap dia berpegang pada tali Allah SWT, adakah netizen tahu semua itu?,”

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 8:00PM

Ellie Suriaty

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Artis versatil, Ellie Suriaty mendedahkan, sepanjang mengenali Farid Kamil, dia tahu sejarah hitam yang dilalui aktor filem ‘Telaga Suriram’ itu.

“Saya tahu apa yang Farid lalui sewaktu kes dia kena tangkap. Sebagai seorang kakak, saya telah bertanya kepada dia apa yang berlaku kerana saya tak mahu dengar daripada berbagai pihak melainkan tuan punya badan sendiri.

“Dan dia berkata benar kepada mengenai perkara itu di mana pada waktu itu dia telah berterus-terang bahawa telah dianiaya oleh kalangan rakan-rakannya sendiri.

“Sewaktu kejadian hitam itu berlaku, Farid telah dihubungi untuk bertemu dengan rakan-rakannya dan ketika itu, rokoknya tertinggal di dalam kereta.

“Pada saat dia mahu kembali ke keretanya untuk mendapatkan rokoknya, kawan-kawannya itu cakap tak payah ambil rokok tersebut. Ambil sajalah rokok ini (rokok kepunyaan kawannya) saja.

“Kemudian bila dia hisap rokok tersebut, dia jadi pening yang luar biasa dan rupanya rokok itu mengandungi dadah flakka. Dia sama sekali tidak menyangka kawan-kawannya sendiri akan tikam dia dari belakang,” katanya.

Jelas Ellie lagi, disebabkan rokok itu mengandungi bahan tersebut, memanglah Farid ketika itu bertindak di luar kawalan.

Farid Kamil
Farid Kamil

“Rupa-rupanya, mereka memang mahu menjatuhkan kredibilitinya. Dan Dee (Diana Danielle) ketika itu teguh bersama Farid. Sudah tentu, kita hargai pengorbanan seorang isteri kerana Farid telah dianiaya. Tetapi, atas undang-undang dunia, dia didapati bersalah sehingga terpaksa menjalani hukuman penjara.

“Dan, semasa dalam penjara itulah dia berhijrah. Dia menerima qada dan qadar Allah SWT terhadap diri dia.

“Dia reda dan bersyukur, malah membaca Quran setiap hari di dalam penjara. Dia mendalami ilmu agama semasa berada di sana serta di meletakkan dirinya  kepada Allah SWT.

“Selepas  penghijrahan itu juga, dia mengajak isteri solat berjemaah bersama-sama dan imamkan solat untuk keluarga.

“Memanggil guru agama mengajar anak-anak mengaji di rumah. Bahkan, dia suami isteri juga sama-sama mendalami ilmu agama.

“Sebab itu, saya cakap dia berpegang pada tali Allah SWT, adakah netizen tahu semua itu?. Tanyalah Farid dan Dee, arwah abang Mat itu siapa dengan saya dan mereka?” soalnya.

Tentang isu memperkasakan wanita (women empowerment) yang dibangkitkan netizen, Ellie berkata, sebagai seorang yang pernah berkahwin, pernah bercerai, punya anak-anak dan kini berstatus ibu tunggal, dia sendiri adalah seorang wanita bekerja dalam industri kreatif.

“Saya seorang pelakon, penulis skrip, juru lakon serta pengarah. Bila kita menyentuh tentang women empowerment, saya sangat mengenali energi itu.

“Namun, bila hendak memperkatakan tentang perkara ini, tolonglah berfikiran wajar dan jangan hentam keromo seolah-olah anda semua kenal siapa saya ini.

“Kita harus ada kewarasan apabila memberi komen dalam isu rumahtangga orang lain. Ini sampai dah tak sedar diri pulak masing-masing. Bahkan, saya pula dikutuk dan dikecam macam-macam, sedangkan anda sendiri tidak kenal siapa saya sebagai seorang individu dan sebagai hamba Allah,” katanya.

Menurut Ellie lagi, secara peribadi, dia sangat menyokong wanita yang berdikari, mempunyai kredibiliti serta fokus terhadap kerjaya dan keluarga bagi mereka yang sudah berkeluarga mahupun bergelar ibu tunggal.

“Tetapi tidak bermakna untuk jadi seorang wanita yang menyokong women empowerment, saya menyokong perceraian.

“Sekarang ini, saya lihat wanita kalau hendak capai women empowerment seolah-olah kena bercerai dulu. Adakah ini satu trend?

“Sepatutnya, semasa kita ada keluargalah women empowerment itu harus ada dan ia dibina bersama-sama dengan suami dan anak.

“Tidaklah sebab saya ini bercerai, saya nak sokong semua orang yang bercerai. Saya juga tidak halang bapa berjumpa dengan anak-anak.

“Permudahkanlah… Institusi perkahwinan ini yang kita kena faham,” katanya lagi. - Getaran, 6 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Farid Kamil Beri Bayangan Rujuk Semula Dengan Diana Danielle

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Capai Kata Sepakat

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Farid Kamil Enggan Lafaz Cerai, Kes Diteruskan Untuk Proses Hakam

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Anwar: The Untold Story' - Berani, Kontroversi Dan Penuh Emosi

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Muzik 5 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.