Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Diana Danielle Dedah Terpaksa Telefon Polis Untuk Keluar Rumah, Anak Dihukum Tidur Atas Lantai Depan Tandas

Menurut Diana, sudah empat bulan Farid tidak membayar nafkah, malah kos mengerjakan umrah pada Februari lalu juga ditanggung olehnya. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 3:02PM

Diana Danielle dan Farid Kamil bersama anak-anak. - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya isu yang rumahtangga yang membabitkan Diana Danielle dan Farid Kamil menjadi semakin panas.

Selepas Farid tampil memberi kenyataan dalam program Melodi pada Ahad, terbaharu Diana membuat pendedahan mengejutkan di Insta Story beliau. 

Menurut Diana, dia tidak pernah mahu mendedahkan apa yang berlaku dalam tangganya kepada umum, tetapi disebabkan Farid telah menjemput Melodi ke rumahnya, dia tiada pilihan lain selain mendedahkan apa sebenarnya yang terjadi. 

"Awak panggil Melodi datang rumah saya, buat cerita sedih. Beritahu separuh daripada kebenaran. Saya tidak pernah mahu beritahu apa-apa kepada umum. Tetapi disebabkan awak berkeras mahu menghubungi pihak media dan mahukan tumpuan demi meraih simpati, jadi saya tiada pilihan," tulisnya. 

Cerita Diana dalam hantaran nota yang panjang lebar itu, sudah empat bulan Farid tidak membayar nafkah. Malah, perjalanan mereka ke Mekah untuk mengerjakan umrah Februari lalu juga ditanggung oleh Diana. 

"Saya tak harap pun dia bayar balik sebab dah biasa bila saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan, dia pun tak akan ingat untuk ganti balik. 

"Tapi, dia sendiri cakap dia akan bayar balik kos penerbangan dan hotel di Mekah. Malangnya sampai hari ini, ia tinggal kata-kata.

"Dia boleh beli kereta baru, beli cincin baru (ganti cincin lama yang hilang tu) dan apa lagi lah. Tetapi nafkah dan hutang masih tergantung," kongsinya. 

Kongsi Diana lagi, kisah anak perempuannya iaitu Aurora yang dimarahi oleh Farid gara-gara memetik cili di rumah jiran, bukanlah sesuatu yang remeh.

"Saya nak tekankan di sini, dia dah mula tengking-tengking secara baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semuanya hal yang sangat remeh. Sampai ke esok pagi dia masih meningking. 

“Tengah hari, dia tengking saya sebab tak jumpa seluar dia. Petang, dia tengking Aurora sebab petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. 

"Aurora menggigil minta tolong dengan saya, sebab dia sangat takut. Dia dipaksa duduk dalam bilik babah malam itu sebab dia nak sambung 'ajar' anak. Bila saya masuk bilik, anak saya tidur atas lantai depan pintu tandas berlapik sejadah," dedahnya. 

Disebabkan terkejut melihat kejadian itu, kata Diana dia berkeras mahu membawa Aurora tidur di biliknya tetapi dihalang serta ditolak  Farid berkali. 

"Saya tetap berkeras untuk bawa Aurora masuk bilik saya kerana takut apa lagi tindakan seterusnya. Sebelum saya keluar bilik, dia ugut lagi akan pukul anak esok sebab tak bagi tidur atas lantai depan tandas. Ketika itu emosi dia tidak stabil. Saya tidak pernah lihat dia seperti itu dan perkara itu telah menimbulkan ketakutan untuk perkara-perkara yang akan berlaku seterusnya," tulisnya. 

Dedah Diana lagi, bilik itu juga tidak sesuai untuk anak mereka masuk apatah lagi untuk tidur di atas lantai.

"Awak (Farid) tahu kenapa bilik itu tak sepatutnya ada anak di dalam tu," tegasnya.

Gara-gara takut dengan apa lagi yang akan berlaku esok hari, Diana telah membuat keputusan untuk menghubungi pihak polis untuk membawa mereka keluar dari rumah itu.

"Dengan keadaan dia yang tak boleh kawal emosi, saya terpaksa hubungi polis untuk keluar dari rumah. Dia dah ugut nak sambung hukuman dan pukul Aurora esok. 

“Cukup! Saya tahu dia tertekan sebab saya minta cerai dua hari sebelum, tetapi tolong jangan libatkan anak-anak," kongsinya. 

Kongsi Diana lagi, apabila pihak polis tiba di rumah mereka pada malam itu, Farid tidak membuka pintu sehingga dia (Diana) terpaksa membawa anak-anak memanjat turun dari rumah mereka untuk diselamatkan. 

"Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang Bin/Binti pada nama anak? Kenapa suruh saya failkan permohonan buang nama awak daripada surat beranak anak? Kenapa ugut kami macam tu?", soalnya kepada Farid. 

Dedah Diana lagi, dia telah memberitahu Farid untuk memfailkan perceraian dan Farid minta untuk dia teruskan, malah dia turut meminta agar Diana mempercepatkan proses perceraian. 

"Jadi sekarang kenapa berlagak seolah-olah sedang keliru?"  soal Diana. - Getaran, 3 April 2023.







 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Farid Kamil Beri Bayangan Rujuk Semula Dengan Diana Danielle

2

Selebriti 8 bulan yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Capai Kata Sepakat

3

Selebriti 11 bulan yang lalu

Farid Kamil Enggan Lafaz Cerai, Kes Diteruskan Untuk Proses Hakam

4

Filem & TV 11 bulan yang lalu

Ulasan Filem 'Anwar: The Untold Story' - Berani, Kontroversi Dan Penuh Emosi

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 16 jam yang lalu

Kolaborasi Astro-TikTok Anjur Edisi Terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ Di Malaysia

Uji bakat pencarian pencipta kandungan muzik dan bakat baharu bermula 7 Mei di TikTok LIVE

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 20 jam yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

Atta yang pernah menetap di Malaysia kini muncul dengan single terbaru berjudul Mantap Cuy kolaborasi bersama Kidd Santhe dan Saixse

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

oleh Helmi Anuar