web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Avaa Vanja Hasilkan Planner Ramadan Dalam Bentuk PDF Secara Percuma, Anggap Ia Saham Akhirat

Apa yang menarik, Ramadan Planner ini memuatkan hadis, doa, mutiara kata, Prayer Tracker, Quran Tracker serta Checklist Harian untuk kegunaan sepanjang 30 hari Ramadan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 6:44PM

Avaa Vanja dan tangkapan layar Ramadan Planner dihasilkannya

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak mengambil keputusan untuk berhijrah dan mendekatkan diri dengan Allah SWT, aktres Avaa Vanja banyak melakukan pekerjaan dan kegiatan yang berbentuk Islamik. 

Terbaharu, Avaa telah menghasilkan Planner Ramadhan by Dhani Notes dalam bentuk PDF secara percuma untuk kegunaan umat Islam di negara ini. 

Apa yang menarik, Planner Ramadhan ini memuatkan hadis, doa, mutiara kata, Prayer Tracker, Quran Tracker serta Checklist Harian untuk kegunaan sepanjang 30 hari Ramadan. 

Hadis, doa dan mutiara kata yang dimuatkan itu berbeza setiap hari. Selain daripada kegiatan ibadah, Planner Ramadhan ia turut menggalakkan kita membuat amalan-amalan yang baik terhadap orang disekeliling kita, kepada haiwan atau pun orang yang sangat memerlukan. 

Avaa ketika dihubungi berkata, dia mula merancang untuk membuat Planner Ramadhan itu sejak beberapa bulan yang lalu. 

“Saya buat secara santai-santai tetapi pada waktu yang sama saya juga turut membuat kajian untuk penggunaan dalil yang sahih. Tidak mudah tetapi ada Ustaz dan Ustazah yang membantu. Alhamdulillah. 

“Saya teruja apabila dapat menyempurnakan projek Planner Ramadan ini. Saya lakukan ini kerana terpanggil untuk membuat sesuatu yang baik untuk khalayak ramai, juga untuk dakwah. 

“Saya mungkin tidak dapat melihat, hasilnya pada masa sekarang. Tapi, saya cuba lakukannya demi akhirat. 

“Dengan menyebarkan perkongsian yang baik, yang murni yang bermanfaat, saya berharap ia akan dapat membantu saya meraih sesuatu di akhirat kelak,” katanya. 

Menurut Avaa lagi, Planner Ramadan ini adalah suatu permulaan buatnya. 

“Insha Allah, selepas ini akan menyusul pula buku yang hampir serupa yang akan dijual secara fizikal atau dalam bentuk ebook. 

“Kalau hendak diikutkan saya terfikir untuk buat laman web yang aman saya boleh bagi jurnal e-book secara percuma dan ada yang boleh dibeli. Saya juga sedang menghasilkan  buku umrah. Yang itu, untuk dijual secara fizikal,” katanya. – Getaran, 27 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN