web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Fasa Mencari', Adik-beradik Semua Dah Kahwin -  MK Harap Doa Ibu Dimakbulkan Tuhan 

Terkini, MK menjadi duta kempen bagi koleksi pakaian terbaharu Armaan dan cukup tersentuh dengan sejarah penciptaannya yang diberi nama oleh arwah anak pemiliknya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 9:21AM

MK K-Clique

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon MK K -Clique tidak menafikan dan tidak pula mengiyakan gerangan seorang wanita yang selalu dilihat bergandingan dengannya sebelum ini.

Namun anak jati negeri Sabah itu terbuka bercerita memang ibunya, Kamariah yang sentiasa mendoakan agar anaknya itu segera berumah tangga. Mana tidaknya, dalam semua adik beradiknya, hanya MK yang masih belum bergelar suami. 

“Ibu memang mendoakan saya ke arah itu jadi perancangan itu memang sudah ada. Lagipula bila tengok adik-beradik semua sudah melangkah ke alam rumah tangga, perasaan untuk kahwin juga semakin membuak-buak,” katanya ketika ditemui Getaran pada majlis sidang media pelancaran koleksi pakaian Armaan. 

Walaupun hanya dirinya yang masih solo, pemilik nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan itu tidaklah berasa tertekan memandangkan urusan perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil lewah. 

“Saya tidaklah berasa tertekan. Memilih seseorang untuk menjadi pendamping hidup bukanlah sesuatu mudah kerana kita nak hidu- bersamanya bukan setahun dua. 

“Saya inginkan seorang wanita yang memahami diri saya dan membimbing saya dari sudut mental dan fizikal. Zaman sekarang sudah berbeza, percintaan pun menakutkan. Cukuplah sekadar saya katakan bahawa status saya sekarang sedang mencari,” katanya lagi. 

Terkini, MK menjadi duta kempen bagi koleksi pakaian terbaharu Armaan.

“Sebelum ini saya buat kolaborasi dengan jenama besar. Namun kali ini saya ingin membantu dan berkongsi rezeki dengan Armaan. Lagipula untuk brand yang lain, sudah ada pempengaruh yang bekerjasama dengan mereka. 

“Lagi pula Armaan adalah jenama yang sangat merendah diri dan saya tersentuh dengan sejarah penciptaannya yang diberi nama oleh arwah anak pemiliknya,” katanya. 

Armaan muncul dengan beberapa koleksi seperti Baju Melayu Premium, Baju Melayu Exclusive, Kurta Moden, Kurta Klasik dan Baju Kanak-Kanak. – Getaran, 16 Mac 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

4

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN