web statsweb stats

Berita Terkini

47 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 48 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Mama Percayakan Dia Untuk Jaga Ayash’ - Shuib Sedia Nikahi Watie Pertengahan Tahun Ini

Menurut Shuib, ibunya dan anak bongsunya iaitu Ayash Affan sangat suka dengan Watie, jadi dia sudah bersedia untuk membina rumah tangga buat kali kedua bersama wanita itu pada pertengahan tahun ini.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 9:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelawak, penyampai radio dan usahawan terkenal, Shuib mengakui bakal menamatkan zaman dudanya bersama Watie pada pertengahan tahun ini jika tiada aral melintang.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 39, Ibunya sangat suka dengan Watie begitu juga dengan anak-anaknya.

“In Sha Allah kalau rezeki, saya akan berkahwin pada pertengahan tahun ini. Saya pun dah bercakap dengan Watie.

“Mama suka sangat dengan Watie. Mama percayakan Watie untuk jaga Ayash. Ayash pun nak dengan Watie. Dia berharap Watie boleh jaga Ayash sepanjang dia berada di tanah suci untuk menunaikan umrah,” kataya ketika ditemui di Konsert Jelajah Suria Anggun Cotton Collection di Kuantan Pahang Sabtu lalu.

Melihatkan Watie sering menjadi tumpuan ramai sejak kebelakangan ini dan sering menjadi mangsa kritikan netizen, kata Shuib dia ada menasihati Watie agar tidak cepat melatah dengan kata-kata netizen.

“Saya ada beritahu dia bahawa perkara ini tidak mudah. Tetapi jangan risau, saya akan ‘guide’ awak. Mana benda yang tak boleh jangan buat. Yang boleh tak apa.

“Sebagai seorang yang bukan selebriti, dia mungkin tak biasa dengan dunia ini. Kadang-kadang dia termelatah bila baca komen-komen netizen. Mental dia belum cukup kuat. Tetapi saya akan ‘guide’ dia.

“Saya minta dia untuk tidak baca komen-komen netizen. Satu yang saya suka tentang Watie, Alhamdulillah dia seorang yang mendengar kata,” ujarnya.

Shuib yang baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke 12 bersama arwah isteri iaitu Siti Sarah Raissuddin pada Ahad lalu turut melancarkan lagu terbarunya berjudul Lenalah yang dicipta khas buat arwah isterinya. Lagu tersebut telah dicipta oleh komposer terkenal, Aidit Alfian. - Getaran, 27 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Gemar Minum Kopi Bawa Tuah, Shuib Kini Bergelar Duta Jenama Kopi SUPER

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Cerita Ini Terlalu Bodoh, Nampak Macam Saya Membunuh Isteri Saya’ – Shuib Bersemuka Dan Maafkan Pemfitnah, Namun Masih Cari Lagi Seorang

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shuib Kini Milik Watie, Selamat Diijabkabulkan Dengan Hanya Sekali Lafaz

4

TARA 2 tahun yang lalu

Jadi Duta Barang Kemas - Netizen Kurang Senang Bila Bakal Isteri Shuib, Watie Tunjuk Jari Maris Ala Mencarut Pamerkan Cincin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...