Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Cerita Ini Terlalu Bodoh, Nampak Macam Saya Membunuh Isteri Saya’ – Shuib Bersemuka Dan Maafkan Pemfitnah, Namun Masih Cari Lagi Seorang

Shuib akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lagi individu yang telah menabur fitnah terhadapnya dan arwah isteri.

Selebriti Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 3:17PM

Shuib telah mengadakan satu sidang media khas untuk menjelaskan perkara ini juga meminta individu yang membuat hantaran berkenaan yang dikenali sebagai Zulhairi untuk bersemuka dengannya - Tangkapan layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahap kesabaran pelawak, usahawan dan penyampai radio popular, Shuib benar-benar telah  diuji dengan komen berbaur fitnah yang dilemparkan oleh seorang netizen kepadanya baru-baru ini.

Netizen berkenaan telah menuduhnya sengaja meminta supaya isterinya iaitu Allahyarham Siti Sarah ditidurkan sewaktu dijangkiti COVID-19 kerana mahu dijadikan sebagai korban kerana terlibat dengan ‘Freemason’. 

Hari ini, Shuib telah mengadakan satu sidang media khas untuk menjelaskan perkara ini juga meminta individu yang membuat hantaran berkenaan yang dikenali sebagai Zulhairi untuk bersemuka dengannya.

“Sudah tentu saya sakit hati dan marah melihat hantaran yang menuduh dan memfitnah saya sebegitu. Orang yang saya sayang sudah tiada . 

“Cerita ini terlalu bodoh. Nampak seolah-olah saya membunuh isteri saya. Tuduhan ini bukan tuduhan yang ‘simple’ yang boleh buat saya gelak ketawa. Tuduhan ini terlalu berat,” katanya dalam nada kesal.

Menurut Zulhairi, apa yang dimuatnaiknya di media sosial sebetulnya diambil daripada hantaran individu lain.

“Silap saya, saya tidak kredit nama individu berkenaan dan ia kelihatan seolah-olah saya yang membuat tuduhan itu. 

“Saya memang rasa bersalah atas tindakan saya. Dan saya memang mencuba untuk menghubungi Shuib untuk bertemu dengannya. Kebetulan pada hari yang sama, saya dapat panggilan daripada Shuib,” ujarnya.

Bagaimanapun, Shuib telah pun memaafkan Zulhairi dan mereka dilihat saling berpelukan di sidang media berkenaan.

Shuib dan Zulhairi - Tangkapan layar video media sosial
Shuib dan Zulhairi - Tangkapan layar video media sosial

Tetapi Shuib masih lagi mencari seorang lagi individu yang menabur fitnah terhadapnya di media sosial yang dikenali sebagai John.

“John ini sangat kurang ajar. Tuduhan dia sangat tak berasas. Kaitkan nama arwah isteri saya. Tetapi dia boleh berlagak seolah-olah dia tidak bersalah langsung. Saya memang cari dia. Kalau dia rasa dia handal sangat, marilah jumpa saya. 

“Kalau betul saya terlibat dengan perkara yang dia kata itu, sudah pasti saya tidak akan berada di sini sekarang untuk membuat penjelasan. 100 peratus apa yang dikatakan oleh pemfitnah ini adalah salah. 

"Celakanya kau apabila kau petik pasal bini aku. Bini aku dah tak ada tau. Kau tahu sangat apa yang kau tahu? Kau tak fikir ke perasaan bapa mentua dan keluarga aku?" luahnya dalam nada marah. 

Apa yang membuatkan Shuib bertambah kesal apabila ada yang mendakwa bahawa perniagaan yang diasaskannya iaitu minuman BubbleBee menggunakan wang yang diberikan  Freemason. 

“Ada yang komen bahawa mereka kesal kerana pernah bekerja dengan BubbleBee. Ada juga yang mendakwa hasil jualan saya tidak tinggi tetapi macam mana boleh buka banyak cawangan. Mereka kaitkan dengan Freemason. 

“Apa yang saya nak beritahu di sini, Alhamdulillah, selama tiga tahun jalankan perniagaan ini, atas sokongan ramai orang, kami berjaya membuat jualan sebanyak RM150 juta. 

“Jadi kenapa masih ada pihak yang mahu mempertikaikan perniagaan saya menggunakan wang dari Freemason? Bodohnya!

Tambah Shuib lagi, dia akan menyerahkan perkara ini kepada pihak peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah ini. 

“Saya akan saman. Saya sudah berbincang dengan peguam saya. Memang boleh saman untuk dijadikan sebagai pengajaran,” katanya. - Getaran, 4 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 8 bulan yang lalu

Gemar Minum Kopi Bawa Tuah, Shuib Kini Bergelar Duta Jenama Kopi SUPER

2

Selebriti 10 bulan yang lalu

Shuib Kini Milik Watie, Selamat Diijabkabulkan Dengan Hanya Sekali Lafaz

3

TARA 10 bulan yang lalu

Jadi Duta Barang Kemas - Netizen Kurang Senang Bila Bakal Isteri Shuib, Watie Tunjuk Jari Maris Ala Mencarut Pamerkan Cincin

4

Selebriti 10 bulan yang lalu

Shuib, Watie Nikah 23 Jun Ini, Tiada Majlis Resepsi, Dapat Tajaan Lebih RM1 Juta

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 4 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran