web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sampai Bila Salman Khan Ingin Hidup Membujang, Adakah Aktor Ini Akan Berkahwin Satu Hari Nanti 

Dalam satu temubual baru-baru ini, pelakon gandingan Salman iaitu Bhagyashree dalam filem Maine Pyaar Kiya mendedahkan bahawa Salman tidak mahu berkahwin kerana tidak mahu wanita yang baik jatuh cinta dengannya. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 11:00AM

Salman Khan - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bila agaknya aktor Salman Khan akan berkahwin dan mengakhiri zaman bujangnya. Rasanya, inilah persoalan yang kerap bermain di minda peminatnya. 

Masih memegang gelaran the most eligible bachelor sehingga ke saat ini, Salman sebelum ini banyak dikaitkan dengan beberapa aktres Bollywood. 

Namun, hubungannya bersama Aishwarya Rai dengan Katrina Kaif paling banyak diperkatakan dan mendapat liputan yang meluas di media. 

Soalnya, mengapa  dia masih belum berkahwin kerana selepas hubungannya bersama Katrina Kaif berakhir, dia masih lagi dikaitkan dengan beberapa wanita lain termasuk pelakon daripada Romania, Iulia Vantur. 

Dalam satu temubual baru-baru ini, pelakon gandingan Salman iaitu Bhagyashree dalam filem Maine Pyaar Kiya mendedahkan bahawa Salman tidak mahu berkahwin kerana tidak mahu wanita yang baik jatuh cinta dengannya. 

Bhagyashree memberitahu WildFilms India bahawa Salman telah memberitahunya bahawa dia tidak mahu wanita baik jatuh cinta dengannya kerana dia bukanlah seorang lelaki yang baik. 

“Dia (Salman) akan mudah bosan dan dia mahu mengawalnya dirinya sebelum jatuh cinta. Waktu saya bertanya Salman, dia beritahu: “Saya tidak fikir saya seorang lelaki yang baik. Saya tidak fikir saya boleh bertahan lama dengan seseorang. Saya mudah bosan dan kerana itu, saya mahu orang menjauhkan diri. Jadi saya tidak membenarkan mereka mendekati saya,” katanya. 

Bhagyashree juga menambah bahawa apabila bercakap tentang Salman Khan, banyak wanita yang mengejarnya dan sebaliknya. Salman memberitahu dia sangat melindungi wanitanya tetapi sangat cemburu dan terlalu mengongkong sehingga tidak disukai ramai. 

Gandingan Salman Khan dan Bhagyashree di Maine Pyaar Kiya benar-benar mendapat sambutan hangat dan peminat sangat menyukai keserasian di antara mereka. 

Selepas muncul dalam beberapa filem, pelakon itu kemudian mengambil masa yang lama untuk memberi tumpuan kepada keluarga. Baru-baru ini, dia telah membuat kemunculan semula dengan Thalaivi. - Getaran, 24 Februari 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Deepika Padukone Balas Reaksi Katrina Kaif Terhadap Pathaan, Musuh Kini Bertukar Jadi Kawan?

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Rakan Salman Khan Selar Gosip Cinta Aktor Itu Dengan Pooja Hedge, Usia Aktres Muda Itu Macam Anaknya

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Gambar Baby Bump Katrina Kaif Tersebar, Adakah Aktres Ini Hamil Anak Pertamanya? 

4

TARA 3 tahun yang lalu

Katrina Kaif Pernah Tolak 7 Tawaran Filem Ini, Akhirnya Membantu Melakar Nama Deepika Padukone

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas