web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Katrina Kaif Pernah Tolak 7 Tawaran Filem Ini, Akhirnya Membantu Melakar Nama Deepika Padukone

Sebetulnya, waktu namanya sedang melonjak dalam kerjaya lakonan, Katrina Kaif pernah ditawarkan berlakon dalam filem-filem mega yang berbajet besar.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 3:20PM

Katrina Kaif pada tahun 2019 - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semasa namanya sedang melonjak dalam kerjaya lakonan, Katrina Kaif pernah ditawarkan berlakon dalam filem-filem Bollywood mega berbajet besar yang dihasilkan pengarah-pengarah hebat dan ternama.

Namun, tawaran-tawaran filem tersebut yang ditolak oleh pelakon Phone Bhoot ini atas sebab-sebab yang dia sendiri sahaja yang tahu. 

Daripada kesemua tawaran tersebut, tujuh daripada tawaran tersebut adalah filem blockbuster dan akhirnya ia jatuh ke tangan beberapa pelakon lain termasuk Deepika Padukone. 

Apa yang menarik, kesemua filem yang ditolak Katrina Kaif itu telah membantu melakar nama pelakon-pelakon wanita utama dalam kerjaya lakonan mereka, khususnya Deepika. 

 

Yeh Jawaani Hai Deewani 

Filem ini merupakan filem Blockbuster Bollywood terbesar yang dibintangi Ranbir Kapoor dan Deepika Padukone. Tapi, tahukah anda bahawa sebelum Deepika, Katrina dahulu yang telah ditawarkan membawakan watak Naina? Tapi, dia menolaknya.

 

Ram Leela

Di penggambaran filem inilah, kisah cinta di antara Ranveer Singh dengan Deepika mula berputik. Namun, jika Katrina setuju untuk melakonkan filem ini daripada awal, barangkali ia akan mengubah perjalanan cinta Ranveer dan Deepika. 

 

Chennai Express 

Filem ini juga sebuah filem yang penting buat Deepika. Namun, Katrina pada awalnya telah ditawarkan untuk berlakon dalam filem ini bergandingan dengan Datuk Shah Rukh Khan.

 

Barfi 

Pengarah filem, Anurag Basu berpendapat Barfi adalah adalah watak yang tepat buat Katrina tapi akhirnya ia menjadi milik Priyanka Chopra sehingga berjaya memenangi anugerah kerana memberikan lakonan yang baik dan mengesankan.

 

Half Girlfriend 

Filem romantik ini sepatutnya menyaksikan percintaan di antara Arjun Kapoor dengan Katrina, tapi ia tidak menjadi. Katrina berasakan dia nampak tua di sisi Arjun. Akhirnya, Shraddha Kapoor menjadi penggantinya.

 

Gunday 

Filem yang amat mengecewakan pengkritik. Bahkan, Priyanka Chopra juga tidak dapat menyelamatkannya. Namun, ia tetap berjaya meraih kutipan pecah panggung. Jika Katrina menerima tawaran ini, mampukah dia melakukan sebarang perubahan?  - Getaran, 6 November 2022 

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pembedahan Hidung Tidak Menjadi, Priyanka Chopra Alami Depresi

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Priyanka Chopra Akhirnya Dedah Sebab Sebenar Dia Tinggalkan Industri Bollywood, Apa Kaitan Dengan Karan Johar?

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Sampai Bila Salman Khan Ingin Hidup Membujang, Adakah Aktor Ini Akan Berkahwin Satu Hari Nanti 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Priyanka Chopra Dan Nick Jonas Akhirnya Dedah Wajah Anak Perempuan Mereka

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh