web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Priyanka Chopra Dan Nick Jonas Akhirnya Dedah Wajah Anak Perempuan Mereka

Keluarga Nick Jonas ini hadir ke majlis perasmian Walk Of Fame di mana nama Jonas Brothers telah diberi penghormatan untuk dibadikan di laluan ikonik itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 2:06PM

Priyanka Chopra bersama anaknya, Malti - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan selebriti antrabangsa terkenal, Priyanka Chopra dan Nick Jonas akhirnya telah mendedahkan wajah anak perempuan mereka kepada umum.

Priyanka, Nick dan anak mereka yang diberi nama Malti telah hadir ke majlis rasmi Walk Of Fame di Hollywood di mana kumpulan Jonas Brothers telah diberi penghargaan untuk diabadikan nama mereka di tempat ikonik itu. 

Sebelum ini Priyanka sering menutup wajah anaknya yang dilahirkan secara kaedah ibu tumpang itu setiap kali dia memuat naik gambar anaknya di media sosial. 

Selepas setahun, akhirnya pasangan ini bersedia untuk mendedahkan wajah anak kesayangan mereka kepada semua.

Gambar wajah Malti lantas menjadi tular di internet dan menjadi tajuk utama berita di Hollywood dan juga Bollywood.

Ramai netizen yang memuji kecomelan wajah Malti yang dikatakan sangat mirip dengan wajah bapanya. 

Baru-baru ini juga, menerusi temu bual bersama majalah Vogue British, Priyanka mendedahkan sebab kenapa dia memilih kaedah ibu tumpang untuk mendapatkan anaknya. Menurut bekas Ratu Cantik Dunia 2000 ini, dia mengalami masalah komplikasi kesihatan yang menyukarkannya untuk hamil secara normal. 

Priyanka dan Nick telah berkahwin pada tahun 2018 biarpun memiliki jurang usia sebanyak 10 tahun. – Getaran, 31 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Michelle Yeoh Terima Penghormatan Walk Of Fame

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pembedahan Hidung Tidak Menjadi, Priyanka Chopra Alami Depresi

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Priyanka Chopra Akhirnya Dedah Sebab Sebenar Dia Tinggalkan Industri Bollywood, Apa Kaitan Dengan Karan Johar?

4

TARA 3 tahun yang lalu

Katrina Kaif Pernah Tolak 7 Tawaran Filem Ini, Akhirnya Membantu Melakar Nama Deepika Padukone

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas