web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Deepika Padukone Balas Reaksi Katrina Kaif Terhadap Pathaan, Musuh Kini Bertukar Jadi Kawan?

Deepika Padukone membalas dengan manis terhadap reaksi Katrina Kaif sehari sebelum Pathaan ditayangkan di pawagam.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 6:00PM

Katrina (kiri) telah menyertai kempen promosi dengan meminta penonton untuk tidak memberikan spoiler terhadap Pathaan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Pathaan yang ditunggu-tunggu telah pun mula ditayangkan di seluruh pawagam India semalam, dan terbukti kebanyakan peminat benar-benar teruja melihat kepulangan semula Datuk Shah Rukh Khan ke layar perak.

Apa yang menarik, sejak isu #boycottPathaan ini dicetuskan oleh puak ekstremis Hindu berikutan penggunaan warna Saffron terhadap salah satu bikini yang dipakai Deepika Padukone dalam babak lagu Besharam Rang, pihak produksi tidak perlu bersusah payah untuk melakukan promosi terhadap filem tersebut.

Susulan daripada isu #boycottPathaan tersebut, setiap hari ada sahaja topik yang diperkatakan tentang Pathaan di media dan juga di media sosial.

Bahkan, ramai selebriti Bollywood yang turut sama membantu mempromosikan Pathaan, termasuk Katrina Kaif yang sebelum ini memang diketahui tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Deepika Padukone.

Sehari sebelum Pathaan ditayangkan di seluruh pawagam India, Katrina telah menyertai kempen promosi dengan meminta penonton untuk tidak memberikan spoiler terhadap Pathaan.

Apa yang menarik, dia telah memuat naik sebuah hantaran di media sosialnya menggunakan watak perisik Zoya yang dibawanya di dalam filem Ek Tha Tiger (2012) and Tiger Zinda Hai (2017).

Tulisnya: “Rakan saya Pathaan sedang dalam misi berbahaya. Adalah sangat penting demi kepentingan keselamatan negara bahawa anda tidak mendedahkan apa-apa mengenai perkara ini. Anda semua adalah sebahagian daripada misi ini sekarang. Zoya”.

Hantaran tersebut bukan sahaja meraih perhatian netizen serta peminat-peminat Bollywood tetapi juga turut mendapat reaksi daripada Deepika Padukone.

Deepika bukan sahaja telah memberikan reaksi stiker teddy bear comel serta tiupan cium, tetapi juga turut memuat naik hantaran Katrina itu di dalam InstagramStory di media sosialnya.

Adakah ini bermakna kedua-dua aktres ini akan menamatkan perseteruan mereka dan menjadi rakan yang baik?

Untuk pengetahuan semua, hubungan Deepika dengan Katrina sebelum ini tidak begitu baik selepas Ranbir Kapoor memutuskan hubungan dengan Deepika dan kemudian menjalinkan hubungan cinta pula dengan Katrina.

Pathaan merupakan sebuah filem patriotism aksi thriller arahan Siddharth Anand. Ia  menampilkan Shah Rukh Khan sebagai teraju utama  yang sedang dalam misi menyelamatkan negara daripada penjahat yang dilakonkan John Abraham.

Filem ini juga dibintangi Deepika Padukone sebagai teraju  wanita. Filem mengenai dunia perisik Aditya Chopra yang selama ini ditunggu-tunggu telah diterbitkan di bawah panji produksi Yash Raj Films.

Mula ditayangkan di pawagam India sejak semalam, filem ini juga diterbitkan dalam bahasa Hindi, Tamil, dan Telugu. - Getaran, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Sampai Bila Salman Khan Ingin Hidup Membujang, Adakah Aktor Ini Akan Berkahwin Satu Hari Nanti 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kejayaan 'Pathaan' Pecah Panggung: Kangana Ranaut Akui India Bias Terhadap Aktor Khan Dan Aktres Muslim

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Selepas 'Pathaan', Rohit Shetty Bakal Arahkan 'Chennai Express 2' Bersama Shah Rukh Khan Dan Deepika Padukone?

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Tanda Pagar #BoyCott Pathaan Tidak Menjadi, Trailer 'Pathaan' Cecah 1 Juta Tontonan Dalam Tempoh 19 Minit! 

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas