web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanda Pagar #BoyCott Pathaan Tidak Menjadi, Trailer 'Pathaan' Cecah 1 Juta Tontonan Dalam Tempoh 19 Minit! 

Walaupun ada gerakan untuk memboikot Pathaan, namun ia dilihat gagal mengatasi keterujaan sebahagian ramai peminat terhadap filem yang dibintangi Datuk Shah Rukh Khan dengan Deepika Padukone ini.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 6:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun ada gerakan untuk memboikot Pathaan dengan menggunakan tanda pagar #boycottpathaan di Twitter yang kini meraih jumlah 28.5 ribu orang, namun ia dilihat gagal mengatasi keterujaan sebahagian ramai peminat terhadap filem yang dibintangi Datuk Shah Rukh Khan dengan Deepika Padukone ini. 

Apa tidaknya, sebaik sahaja trailer Pathaan dilancarkan di YouTube pada jam 11.02 pagi semalam , ia telah mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 1 juta dalam tempoh 19 minit dan dalam tempoh sejam, ia juga berjaya melepas 3 juta tontonan. 

Tidak ada filem Hindi yang sejak kebelakangan berjaya mendapatkan jumlah tontonan trailer sebanyak itu, ia antara yang terpantas dihasilkan untuk filem Bollywood, bahkan berjaya menewaskan Brahmastra (filem lakonan Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt). 

Tidak hanya itu, filem dari India Selatan yang cukup hangat diperkatakan seperti KFG Chapter 2 dan RRR juga tidak pernah berjaya untuk meraih jumlah tontonan trailer di YouTube sebanyak itu. 

Tanda pagar #pathaantrailer juga meraih kedudukan trending di Twitter dengan jumlah pengikut seramai 345,000 orang dan sudah pasti ia tidak disenangi oleh netizen yang mahu memboikot filem itu berhubung isu bikini ‘Saffron’ Deepika yang dikatakan mencemarkan warna suci agama Hindu. 

Pembenci Pathaan berusaha untuk masuk ke ruangan tanda pagar #pathaantrailer ini untuk terus menghasut dan menyebarkan mesej memboikot. Namun, peminat-peminat tegar Shah Rukh dan Deepika serta-merta mendiamkan mereka.

Dalam laporan lain, peminat-peminat Shah Rukh dan Deepika juga telah bersatu dan berusaha untuk memberikan sokongan padu mereka terhadap Pathaan dan cuba mempertahankan kedua-dua bintang kesayangan mereka ini daripada berterusan menjadi mangsa kecaman pembenci dan penghasut Pathaan

Netizen mahu memboikot filem itu berhubung isu bikini ‘Saffron’ Deepika yang dikatakan mencemarkan warna suci agama Hindu - Gambar Fail
Netizen mahu memboikot filem itu berhubung isu bikini ‘Saffron’ Deepika yang dikatakan mencemarkan warna suci agama Hindu - Gambar Fail

Pathaan merupakan filem thriller perisikan yang dibintangi Shah Rukh bersama Deepika Padukone, mereka memegang watak sebagai askar yang terpaksa mengharungi satu misi khas yang cukup penting. 

Kedua-dua mereka cuba menghentikan usaha penjahat lakonan John Abraham, yang cuba merancang serangan ganas di India.

Pathaan adalah sebuah filem terbitan produksi Yash Raj Films yang dilabel sebagai projek filem bercita-cita tinggi. Diarahkan Aditya Chopra, ia turut mengetengah dua orang perisik iaitu Tiger (lakonan Salman Khan daripada siri Tiger) dan Kabir (Hrithik Roshan daripada War). 

Ia juga merupakan filem utama Shah Rukh selepas empat tahun muncul sebagai ‘cameo’ dalam beberapa filem Bollywood lain. – Getaran, 11 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Artis Digesa Lebih Peka Isu Kemanusiaan Selepas Konsert Siti Nurhaliza

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Blockout 2024: Jangan Terlalu Ekstrem - Menteri

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Tak Perlu Saling Berbalah, Hukum Boikot Adalah Harus

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.