web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakan Salman Khan Selar Gosip Cinta Aktor Itu Dengan Pooja Hedge, Usia Aktres Muda Itu Macam Anaknya

Desas-desus percintaan Salman Khan dengan Pooja Hedge sebetulnya tercetus apabila seorang pengkritik filem berpengaruh, Umair Sandhu memuat naik mengenainya di akaun Twitternya. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 3:00PM

Pooja Hedge bakal digandingkan bersama Salman Khan dalam filem Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan. - Gambar Instagram Pooja Hedge

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini, aktor Salman Khan dan Pooja Hedge sedang menjayakan penggambaran filem terbaharu mereka berjudul Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan

Filem itu juga buat pertama kalinya akan menggandingkan Salman dan Pooja Hedge di layar perak bersama dan nampaknya ada keserasian di antara mereka berdua. 

Namun, disebabkan itu, timbulnya desas-desus yang mengatakan bahawa wujudnya cinta lokasi di antara mereka berdua di set penggambaran. 

Perkara ini menimbul rasa kurang senang dalam kalangan beberapa rakan baik Salman Khan. 

Pooja dan Salman. - Gambar Instagram masing-masing
Pooja dan Salman. - Gambar Instagram masing-masing

“Sesiapa yang menyebarkan desas-desus yang tidak berasas ini patut berasa malu. Gadis itu (Pooja Hedge), usianya seperti anak Salman. 

“Hanya kerana mereka berlakon bersama, ada yang mahu menangguk di air keruh untuk tujuan publisiti tetapi ia sungguh memalukan,” kata salah seorang rakan Salman. 

Namun, pada masa yang sama, dia juga memberitahu bahawa Salman langsung tidak ambil peduli terhadap desas-desus seperti itu. 

Desas-desus percintaan Salman Khan dengan Pooja Hedge sebetulya tercetus apabila seorang pengkritik filem berpengaruh, Umair Sandhu memuat naik mengenainya di akaun Twitter miliknya. 

Salman Khan - Gambar Instagram Salman Khan
Salman Khan - Gambar Instagram Salman Khan

Bahkan Umair turut memberitahu bahawa syarikat produksi Salman telah pun menandatangani kontrak dengan Pooja untuk dua lagi filem. Kata Umair, perkara itu telah disahkan sumber rapat Salman. 

Ciapan Umair itu berjaya meraih perhatian netizen. Sebelum itu, Umair telah memuat naik ciapan mengenai hubungan cinta yang tercetus di antara aktres Kriri Sanon dengan Prabhas. Namun, ia telah dibidas Kriti yang mengatakan bahawa berita itu tidak benar sama sekali. 

Tentang Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan pula, filem ini dilaporkan akan ditayangkan pada sambutan Eid Mubarak pada tahun hadapan. Ia sebuah filem aksi penuh hiburan yang diarahkan Farhad Samji. – Getaran, 14 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas