Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Meerqeen Akui Pernah Alami Masalah Depresi, Watak Dalam 'Nenek Bongkok Tiga' Ada Persamaan Dengan Dirinya

Meerqeen turut mengakui watak Adi adalah watak yang paling mencabar sepanjang kariernya sebagai pelakon. Malah sering bersendirian dan menangis kerana terbawa-bawa dengan watak itu selama empat bulan.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2023 8:50AM

Meerqeen - Gambar dari Viu Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon popular, Meerqeen mengakui dia pernah mengalami kemurungan beberapa tahun lalu sebelum bergelar selebriti.

Membawakan watak Adi dalam drama bersiri terbaru, Nenek Bongkok Tiga yang ditayangkan di platform penstriman VIU, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berkata watak itu sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan dirinya yang sebenar. 

"Saya boleh rasakan sepanjang perjalanan Adi dalam cerita ini, ada kena mengena dengan kisah silam saya. 

"Ia merupakan satu rezeki bila saya dapat watak Adi kerana saya boleh merealisasikan apa yang saya rasa selama ini menerusi watak itu, iaitu seorang yang ada depresi dan tidak gembira dengan hidupnya. 

"Saya pernah berdepan dengan situasi sama. Jadi saya bersyukur dapat watak Adi kerana saya boleh sebarkan kesedaran tentang masalah ini kepada orang luar. Ia adalah tanggungjawab saya untuk bawakan watak Adi itu bagaimana. 

"Saya harap dengan apa yang saya bawakan dalam watak Adi ini, orang di luar sana yang ada masalah depresi dan 'anxiety' tidak ikut apa yang Adi lalui," katanya ketika ditemui di tayangan perdana Nenek Bongkok Tiga. 

Ditanya apa yang membuatkan dia terbuka untuk berkongsi masalah yang pernah dihadapinya selama ini, kata bekas finalis Hero Remaja 2020 ini, karakter Adi yang hampir sama dengannya membuatkan dia berasa inilah masalah. 

"Alang-alang karakter Adi sudah sebegitu rupa, kenapa tidak jika saya buka sedikit kisah silam saya. Lagipun saya rasa 'it's not a big deal' untuk saya kongsikan perkara ini kerana saya pun telah melalui zaman itu,"  katanya.

Meerqeen yang juga pelakon drama Melur Untuk Firdaus menambah, dia mengalami masalah depresi ketika zaman belajar dan tinggal di asrama dulu. 

“Mungkin disebabkan persekitaran bersama kawan-kawan di asrama dulu. Kepenatan yang saya lalui sewaktu di zaman asrama,” kongsinya.

Ditanya bagaimana dia mengharungi dan mengatasi masalah yang dihadapinya ketika itu, kata Meerqeen dia melibatkan diri dengan aktiviti sukan.

“Saya tak tahu sebenarnya saya ini betul-betul mengalami depresi atau pun tidak kerana saya tidak pernah didiagnos. Saya tak pernah jumpa doktor. Tetapi itulah apa yang saya rasa. Apa yang membuatkan saya kembali menjadi seorang yang normal adalah dengan melibatkan diri dengan sukan rugbi,” katanya. 

Namun kata Meerqeen, dia kembali mengalami depresi selepas membawakan watak Adi kerana perlu bermain dengan emosi selama empat bulan di set penggambaran. 

“Untuk menjayakan watak ini saya perlu beri 200 peratus lebih daripada orang lain. Berlakon dengan pelakon-pelakon yang berpengalaman, walaupun saya berikan 100 peratus, tetapi level mereka telah mencapai 200 peratus. Kalau saya beri 100 peratus saya rasa ibarat 50 peratus. 

“Disebabkan nak bawa watak ini, saya duduk seorang diri selama empat bulan. Balik rumah pun rasa depressed. Saya terbawa-bawa karakter itu sehingga ke luar set. Ibu saya pun perasan. Saya banyak menangis padanya selama empat bulan,” kongsinya.

Meerqeen memberitahu, untuk keluar daripada karakter Adi, dia mula menyimpan rambut panjang agar dapat mengikis imej Adi kerana dia tidak boleh melihat wajah Adi setiap kali memandang cermin.

Untuk melakonkan watak Adi, banyak perkara yang perlu dikorbankan Meerqeen termasuk membotakkan kepalanya demi menghidupkan karakter 'bad boy'. Kata Meerqeen dia sanggup membuat perubahan pada fizikalnya untuk menjadi seorang pelakon yang baik. 

“Seperti yang semua tahu, watak-watak yang saya sering bawa sebelum ini ialah 'lover boy' dan romantik. Tetapi kali ini saya betul-betul masuk dalam karakter Adi. Saya tak mandi, jerawat di muka tumbuh sana sini. Saya korbankan mahkota saya iaitu rambut saya untuk kelihatan berbeza. 

“Tetapi apa yang  mungkin orang tak nampak ialah saya korbankan berat badan saya daripada 70 kg kepada 65 kg. Sekarang berat badan saya naik kepada 74kg untuk karakter dalam drama Melur Untuk Firdaus musim kedua. 

“Saya seorang yang fleksibel dalam membentuk karakter. Saya sentiasa bersedia untuk membawa apa sahaja watak yang akan datang," katanya yang menjadikan pelakon Hollywood, Christian Bale sebagai inspirasi. 

Ujar Meerqeen lagi, watak dalam drama bersiri Nenek Bongkok Tiga ini merupakan watak paling mencabar yang pernah dilakonkannya sepanjang bergelar pelakon. 

Siri Nenek Bongkok Tiga yang diarahkan Datuk Yusry Abdul Halim kini boleh ditonton di VIU Malaysia bermula semalam. Episod baru akan ditayangkan setiap Khamis jam 12 tengah hari.

Selain Meerqeen, siri bergenre misteri fantasi ini turut menampilkan Hun Haqeem, Sara Ali, Ashraf Muslim, Syazwan Zulkifly, Fimie Don, Rykarl Iskandar, Datin Sofea Jane, Sara Mack Lubis dan Sherie Merlis. - Getaran, 10 Februari 2023.

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Budaya 15 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 19 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 7 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran