web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masih Dipersalahkan Netizen Atas Kontroversi Yang Berlaku, Ini Respons Aliff Aziz

Netizen dilihat tetap menyalahkan Aliff Aziz atas kontroversi yang melanda dirinya bersama Sophia AlBarakbah dan kembali mengungkit sejarah silamnya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 11:12AM

Aliff Aziz - Gambar dari Instagram Aliff Aziz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kontroversi yang melanda Aliff Aziz, Sophia AlBarakbah dan Bella Astillah telah menggemparkan industri hiburan.

Awal minggu ini isteri Aliff iaitu Bella telah membuat pendedahan bahawa pasangan heroin Aliff dalam drama 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah' iaitu Sophia AlBarakbah cuba mengganggu suaminya.

Sophia juga dikatakan telah memberitahu Bella bahawa dia telah jatuh hati pada Aliff dan memohon maaf di atas kekhilafannya.

Bella Astillah
Bella Astillah

Disebabkan hal ini, masih ada sesetengah pihak terutama netizen yang menyalahkan Aliff yang dikatakan masih tidak berubah dan mengungkit semula sejarah lamanya yang pernah terpalit dengan kontroversi serupa.

Aliff ketika ditemui pada sidang media drama 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah' berkata, dia tidak boleh menutup mulut orang, apa yang penting adalah Allah tahu apa niatnya yang sebenar. 

"Dulu Umi (ibu Aliff) pernah cakap dengan saya, dalam kehidupan ini kadang-kadang ada 10 perkara baik yang kita pernah buat tetapi ada satu perkara jahat yang kita buat. Orang akan bercakap tentang yang satu itu dan lupakan sembilan lagi perkara yang baik.

"Pada saya, tak apa. Kerana apa yang saya cuba buat dari segi kebaikan, kita kena betulkan niat ini adalah kerana Allah. Saya tak kisah pun orang lupa atau pun tak tentang kisah silam saya, yang penting Allah tahu percubaan saya untuk menjadi lebih baik.

"Memang ia tidak mudah. Ramai juga yang memberitahu saya bahawa perjalanan ini tidak mudah. Lebih-lebih lagi dalam bidang yang saya bekerja kerana ada banyak mata memandang, ramai yang nak ada pendapat yang boleh menjejaskan cara pemikiran. Tetapi saya sentiasa belajar untuk jadi lebih baik setiap hari. Ia merupakan satu proses pembelajaran," katanya.

Kata Aliff lagi, dia bersyukur kerana ramai yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya bersama keluarga serta banyak memberikan kata-kata semangat kepadanya. 

Dalam perkembangan lain, drama 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah' akan memulakan tayangannya di slot Akasia TV3 bermula 6 Februari ini. - Getaran, 2 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali, Termasuk Dengan Adiknya

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 4 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN