web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Mengapa, Saya Ada - Sweet Sangat Kata-Kata Semangat Naim Daniel Buat Sepupunya, Sissy Iman 

Menyedari bahawa Sissy Iman seolah-olah hampir patah semangat untuk meneruskan kerjaya seninya, Naim Daniel nampaknya turut berusaha untuk menenangkan hati sepupunya itu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 1:00PM

Naim Daniel (kiri) dan sepupunya Sissy Iman. - Gambar Instagram Naim Daniel

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menyedari bahawa Sissy Iman seolah-olah hampir patah semangat untuk meneruskan kerjaya seninya selepas menerima kritikan yang agak keterlaluan daripada juri Mas Idayu dalam program Famili Duo, Naim Daniel nampaknya turut  berusaha untuk menenangkan hati sepupunya itu. 

Menerusi sebuah hantaran di Instagram malam tadi, Naim Daniel telah menitipkan kata-kata yang cukup menyentuh hati buat Sissy. Tetapi, apa yang ditulisnya itu memang ‘sweet’ sangat-sangat. 

Sissy Iman - Gambar fail
Sissy Iman - Gambar fail

“Tak mengapa, saya ada.

“Kadang, ada ketika di mana kita menjalani tuntutan tugasan kita dalam keadaan yang kita sendiri tak sehebat mana dalam menjayakannya, tapi kita tetap cuba. Walau kadang kita dua tak pasti sama ada orang akan suka bagai nak gila atau benci mencuka.

“Tak mengapa, saya ada.

“Kadang, ada ketika dimana kita berdua berhadapan dalam satu keadaan sama ada ingin menyahut cabaran atau kekal dalam selesanya landasan, tapi tetap juga kita teruskan walau kita sama-sama takut dengan pelbagai penerimaan. Biasalah, darah mudakan suka perubahan? Pasti adanya penentangan. Itu adat pertandingan.

“Tak mengapa, saya ada.

“Kadang, ada hari dimana kita berdua mati akal, kaedah apa dan lagu apa lagi yang kita nak bedal. Supaya terhiburnya semua tanpa disangkal-sangkal. Kita tetap cuba cekal walau tahu penat minggu demi minggu kian menebal.

“Tak mengapa, saya ada.

“Dan jangan risau, walau ada hari dimana riang awak terhakis, menangis tak habis bagai pisau menghiris. Tetap tak hilang peribadi awak yang umum tahu, seorang yang manis.

“Tak mengapa, saya ada.

Melalui program Famili Duo minggu lalu, Sissy Iman telah menerima kecama yang disifatkan agak keterlaluan daripada Mas Idayu melalui persembahannya yang bertemakan Keroncong. 

Terkesan dengan kritikan tersebut, Sissy bagaikan patah semangat untuk melancarkan album barunya yang mana rakaman kesemua lagu-lagunya telah dilakukan di Studio Abbey Road di London pada tahun lalu. 

Sissy juga berasakan dia telah mengecewakan semua orang apabila gagal beraksi dengan baik. Susulan daripada itu, Sissy telah membatalkan pelancaran album tersebut yang seoatutnya berlangsung pada 2 Februari ini dan terus mendermakan album-albumnya  dengan menjual pada kadar harga RM20 menerusi media sosialnya berbanding harga asalnya RM50. – Getaran, 25 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Naim Daniel Dedah Cerita, Dia Sebetulnya Sedih Bila Rambutnya Terpaksa Dipotong Dek Kerana Watak ‘Ayam’ 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Video Cium Hanya Persaudaraan, Kami Memang Sangat Akrab – Naim Daniel

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Ambil Semangat Sudirman - Persembahan Terbalik Naim Daniel Di AJL37 Diiktiraf Malaysia Book of Records

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Bukan 'The Jebats', Tetapi 'The Jamals' Yang Dinobatkan Sebagai Juara Famili Duo Musim Kedua

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN