web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Cedera Akibat Tersepit Jari Di Kereta, Bikin Ning Baizura Sedih Dan Tidak Keruan

Kejadian yang sama sekali tidak diduga itu menyebabkan jari Aunty Stella berdarah sehingga terpaksa dihantar ke hospital.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 10:00AM

Ning Baizura (kanan) sangat rapat dengan ibunya Satilah. - Gambar daripada Instagram Ning Baizura

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Ning Baizura memang diketahui mempunyai hubungan yang sangat rapat dan akbrab dengan ibunya, Satilah atau Aunty Stella.

Bahkan, Aunty Stella juga adalah segala-galanya buat Ning. Bukan sekadar ibu semata-mata tetapi Aunty Stella juga adalah rakan baiknya.

Oleh itu, apabila Aunty Stella jatuh sakit atau berhadapan dengan kemalangan, Ning pasti akan berasa tidak keruan.

Terbaharu, Ning memuatkan hantaran tentang Aunty Stella yang mengalami kecederaan apabila jarinya tersepit di pintu kereta semalam.

Kejadian yang sama sekali tidak diduga itu menyebabkan jari Aunty Stella berdarah sehingga terpaksa dihantar ke hospital.

“Kasihan ibu saya. Mengalami kecelakaan kecil pagi ini! Ibu jarinya tersepit ke pintu kereta! Dia sangat sakit! Begitu banyak darah yang keluar.

“Patah ibu jari dan patah tulangnya! Malang sungguh! Doakan agar pembedahannya berjalan lancar. Insyallah.. Amin. Sekurang-kurangnya ia hanya ibu jarinya,” katanya dengan emoticon sedih.

Ning juga terpaksa menemani ibunya bersendirian di hospital kerana anaknya yang berusia 12 tahun dilarang berada di premis tersebut dan suaminya pula berada di luar negara atas urusan kerja.

“Saya sangat risau dan penat tetapi seseorang harus menjaga kubu ini. Ya, Allah. Permudahkanlah segalanya. Aminnn...,” tulisnya lagi.

Kita doakan semoga pembedahan jari Aunty Stella berjalan dengan lancar dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. - Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Korset Jovian, Wanita ‘Plus Size’ Pun Boleh Pakai!

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

“Saya Pernah Lalui Kontroversi Yang Lebih Teruk Dari Ini” – Ning Baizura Kekal Positif

3

Filem & TV 4 tahun yang lalu

'Kuasa' Kisah Fiksyen Perebutan Kuasa Keluarga Penerbit Berpengaruh 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 12 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN