web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aryan Khan dan Nora Fatehi Sedang Bercinta? Ini Kebenarannya Selepas Gambar Mereka Jadi Viral!

Desas-desus mengenai hubungan cinta mereka itu timbul apabila mereka dilihat hadir di sebuah acara parti yang sama baru-baru ini.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 7:00PM

Aryan Khan dan Nora Fatehi - Gambar Instagram Aryan Khan dan Nora Fatehi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anak Datuk Shah Rukh Khan, Aryan Khan yang kini sudah mula berjinak-jinak dalam bidang pengarahan filem telah menjadi perhatian apabila dia dilaporkan menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Bollywood seksi, Nora Fatehi. 

Desas-desus mengenai hubungan cinta mereka itu timbul apabila mereka dilihat hadir di sebuah acara parti yang sama baru-baru ini. Gambar mereka sedang berparti dengan dikelilingi sekumpulan rakan-rakan yang sama juga tersebar dan menjadi viral. 

Ia juga secara tidak langsung telah mencetuskan pelbagai spekulasi bahawa kedua-dua mereka adalah pasangan selebriti terbaharu di Bollywood yang sedang bercinta ketika ini. 

Bahkan, peminat juga menganggap bahawa pasangan selebriti ini cukup sepadan kerana Aryan adalah jejaka yang dianugerahkan wajah yang kacak dan tampan, manakala Nora Fatehi pula, selain daripada seksi, turut dianggap sebagai wanita yang ‘hot' dan jelita.

Namun, beberapa teman rapat kepada Aryan dan Nora nampaknya tidak begitu menyenangi spekulasi yang dicetuskan netizen itu. 

Kata mereka, hanya kerana Aryan dan Nora dilihat berada di acara parti yang sama serta mempunyai kelompok rakan-rakan yang sama, tidak bermakna mereka bercinta. 

“Mereka terlibat dalam industri Bollywood, jadi pastilah mereka akan turut diundang dalam beberapa majlis yang sama. Tiada yang pelik tentang perkara itu apabila melihat mereka hadir di parti yang sama,” jelas mereka lagi. 

Mereka turut memberitahu bahawa Aryan dan Nora datang berasingan. Aryan juga ditemani beberapa rakan lain sewaktu hadir di parti tersebut. 

Nampaknya, terlalu awal untuk membuat sebarang konklusi tentang hubungan mereka. Tapi, siapa tahu, dalam diam-diam mereka sebenarnya bercinta. Tiada yang mustahil! - Getaran, 5 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Berpaut Pada Lori Dicari Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Lelaki Tular Buat Aksi 'Superman' Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Teguran Dianggap Tak Kena Tempat, Aisyah Undang Kemarahan Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Demi Allah SWT Tidak Guna Bahan Terlarang, Tapi Akui Tiada Sijil Halal

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa