web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ingat Saya Nak Hidung Macam Babi Tonyok ? - Zarina Zainuddin Perjelas Sebab Buat Pembedahan Hidung

Kata Zarina dia juga tidak suka bentuk hidungnya yang sekarang yang disifatkannya kelihatan seperti Babi Tonyok, namun dia terpaksa akur demi menghilangkan sakit kepala yang sering dialaminya akibat masalah sinus.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 10:06AM

Zarina Zainuddin - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan usahawan terkenal, Zarina Zainuddin tampil membuat penjelasan selepas dia dikecam netizen yang mempersendakan tentang bentuk hidungnya.

Sejak beberapa hari lalu, netizen sudah mula berkata-kata tentang perubahan bentuk hidung Zarina menerusi beberapa hantaran video yang dimuatnaik aktres itu di Instagram.

Ramai netizen yang mengesyaki Zarina membuat pembedahan plastik di bahagian hidung untuk kelihatan lebih cantik. 

Namun menerusi video penjelasan yang dibuat Zarina, dia memberitahu bahawa tujuan dia membuat pembedahan hidung adalah kerana masalah sinus yang dihadapinya sehingga menyebabkan dia sering mengalami migrain yang teruk.

"Saya baca macam-macam komen daripada anda semua di luar sana yang tidak kenal pun saya dan tak tahu apa pun masalah saya. 

“Sebenarnya saya mengalami masalah sinus yang teruk dan juga migraine. Kadang-kadang saya rasa macam nak buka tudung sebab kepala saya sakit sangat. 

"Saya telah pergi jumpa doktor dan buat pembedahan untuk keluarkan bendalir yang terdapat di kawasan bawah mata. Doktor telah buka hidung saya untuk buang semua bendalir itu.

"Ingat saya nak hidung macam ni ke? Hidung saya dah cantik dah dulu. Saya buat pembedahan ini adalah untuk tujuan perubatan. 

"Jadi kepada sesiapa yang tidak tahu menahu, jangan komen sesuka hati. Korang jumpa aku kat akhirat nanti. Ingat saya nak hidung macam ni ke? Macam babi tonyok jer saya rasa," jelas Zarina sambil menunjukkan wajahnya yang masih mempunyai kesan bengkak. 

Sementara itu di bahagian kapsyen pula Zarina memberitahu membaca komen-komen daripada netizen membuatkan dia menangis. Dan apabila menangis membuatkan kepala bertambah sakit.

Kongsi Zarina lagi, anaknya Azal juga turut mengalami masalah yang sama tetapi dia tak sanggup untuk membuat pembedahan terhadap Azal memandang keadaan anaknya merupakan penghidap Autisme. 

Tambah Zarina dia terima keadaan dirinya sebegini dan meminta supaya jika sesiapa yang menyayanginya untuk mendoakannya. - Getaran, 3 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Shruti Haasan Akui Buat Pembedahan Hidung, Anak Aktor Kamal Haasan Ini Kata Prosedur Kosmetik Hak Individu 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Azal Bukan Orang Gila! Azal Jaga Ibu dan Abang Azil’ - Azal

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu