web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Azal Bukan Orang Gila! Azal Jaga Ibu dan Abang Azil’ - Azal

Ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menyunting maklumat di laman Wikipedia dengan menyatakan bahawa anak kepada aktres Zarina Zainuddin itu sebagai gila.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 7:07PM

Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hati ibu mana yang tidak hancur apabila anaknya dikatakan gila. Itulah yang dirasai oleh aktres dan usahawan terkenal, Zarina Zainuddin apabila ada orang yang tergamak menyunting laman Wikipedia anaknya, Azal dan menggelarnya gila.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik Zarina di akaun Instagram, dia mendedahkan tangkap layar laman Wikipedia yang telah disunting oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Azal hantar pada saya. ‘Ibu ada orang tulis di wikipedia kata Azal gila, ibu tengok ni’. Saya yang baca jadi terkedu sekejap.

“Saya peluk dia saya kata Azal tak gila. Azil tak gila. Azal dan abang Azil anak istimewa, anak ibu. Allah ada, biar orang kata apa Allah ada. Kalau Azal sayang ibu, jangan sedih tau,” tulis Zarina di bahagian kapsyen.

Dalam satu hantaran yang lain, Zarina telah berkongsi video anaknya Azal yang memberitahu bahawa dia tak gila.

“Azal bukan orang gila. Azal jaga ibu dan abang Azil,” katanya dalam video berkenaan.

Sementara itu di bahagian komen, ramai netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa sedih dan simpati dengan nasib yang menimpa Azal dan Zarina.

“Sebaknya dengar. Saya harap sesiapa yang kata Azal gila tu, Tuhan balas di dunia. Jaga kata-kata. Perbuatan ini sangat teruk. Kak Ina kongsi dan cari orang yang buat ini sampai dapat,” komen aktres Catriona Ross.

Semoga individu tidak bertanggungjawab ini dapat segera dikesan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kerana ia bukan sahaja telah melukakan hati Azal da Zarina, malah seluruh anak-anak istimewa yang menghidap Autism serta ibu bapa yang mempunya anak-anak Autism. - Getaran, 13 Oktober 2022

 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ingat Saya Nak Hidung Macam Babi Tonyok ? - Zarina Zainuddin Perjelas Sebab Buat Pembedahan Hidung

2

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15 Ketika Musim Banjir ‘Kerja Gila’ - Syed Saddiq

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Azhar Sulaiman Dedah Mesej Perbualan Dengan Azira, Anggap Wanita Itu ‘Scammer’

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pertama Kali Bekerjasama, Beto Kusyairy Sifatkan Syamsul Yusof Sebagai ‘Gila’

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu