web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pertama Kali Bekerjasama, Beto Kusyairy Sifatkan Syamsul Yusof Sebagai ‘Gila’

Aktor berbakat besar itu membawakan watak Wahid dalam filem Mat Kilau dan buat pertama kalinya dia bekerjasama dengan pengarah terkenal Syamsul Yusof.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 2:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pertama kali bekerja di bawah arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof untuk filem Mat Kilau, aktor berbakat besar, Beto Kusyairi menyifatkan anak kepada Datuk Yusof Haslam itu sebagai ‘gila’.

Beto yang membawakan watak Wahid iaitu rakan kepada Mat Kilau telah menulis penghargaannya buat seluruh warga kerja filem itu.

“Kesepakatan untuk memberikan yang terbaik buat sesuatu karya adalah kunci kerana atas persetujuan itu setiap tindakan akan menuju ke satu titik, iaitu menjadikannya lebih baik. Insya-Allah.

“Terima kasih seluruh warga kerja filem Mat Kilau yang sebelum, yang berganti dan yang kekal ke penghujung. Aku tunduk hormat dengan kalian dan moga segala jerih perih mendapat keberkatan-Nya. 

“Serta semestinya rakan-rakan lakon yang sama-sama berkongsi babak dan bingkai. Yang baru berpeluang ketemu serta menjalin silaturrahim dan yang telah biasa bekerjasama, teruskan bekerja untuk karya dan semoga sentiasa dirahmati dengan hasil yang baik.

“Dan, seorang ‘nakhoda gila’ yang kali pertama aku berada di bawah pengarahannya. Gila kerana dia juga yang menulis, dia juga yang menjaga lakonan, dia kendali sendiri kamera dan dia yang bakal pecah kepala menyuntingnya kemudian. Aku angkat tangan dengan kau Syamsul. Tak semua orang punya kelebihan dan kemampuan ini, syabas!,” tulisnya.


Lakonan Beto sebagai Wahid iaitu watak fiksyen yang diwujudkan untuk filem Mat Kilau mendapat pujian ramai sewaktu sesi tayangan perdana yang dianjurkan pada minggu lalu. 

Selain Beto, filem Mat Kilau dibintangi oleh barisan pelakon handalan seperti Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Johan Asaari, Farah Ahmad, Zarina Zainoordin dan ramai lagi. - Getaran, 20 Jun 2022

Gambar: Instagram dan Twitter

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN