web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azhar Sulaiman Dedah Mesej Perbualan Dengan Azira, Anggap Wanita Itu ‘Scammer’

Azhar juga cuba menghubungi wanita berkenaan namun panggilannya tidak dijawab dan mahu membawa perkara ini ke muka pengadilan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 11:11AM

Azhar Sulaiman - Gambar dari Instagram Azhar Sulaiman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal yang juga bapa kepada pempengaruh media sosial Kasih Iris Leona iaitu Azhar Sulaiman telah mendedahkan mesej perbualannya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Azira.

Sebelum ini menerusi komen yang ditinggalkan di akaun Instagram Azhar, Azira telah menuduh Leona menjalin hubungan sulit dengan suaminya dan mengikis wang sebanyak RM3000 sebulan. 

Dalam mesej perbualan yang dimuat naik Azhar, dia meminta untuk bersua muka dengan Azira bersama suaminya. Namun, permintaan Azhar telah ditolak.

Azhar juga telah menghubungi wanita itu berkali-kali, tetapi panggilannya tidak dijawab. Wanita itu terus mendesaknya untuk Azhar bertanya kepada Leona adakah dia mengenali suaminya. 

“Saya telah cuba membuat panggilan berkali-kali. Kenapa tak jawab? Hubungi saya kembali! Kau ni dah gila la. Bercakap dengan saya dulu. Dia (Leona) tidak mengenali siapa suami kamu,” balasnya kepada wanita berkenaan.

Wanita itu turut memberitahu jika dia dapat tangkap suaminya bersama Leona menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia tidak akan teragak-agak untuk menyaman Leona jika mereka belum berkahwin. 

Azhar telah meminta semua bukti yang mengaitkan anaknya dengan suami wanita berkenaan dan akan teruskan dengan tindakan undang-undang.

Sementara itu di bahagian komen, ramai netizen yang memberi pandangan bahawa wanita itu mempunyai masalah mental kerana menerusi salah satu hantaran yang dimuat naiknya, dia  meminta supaya Presiden Amerika Syarikat untuk memenjarakan Marion Caunter kerana dikatakan bersubahat dengan Enrique Iglesias dan Michael Thompson untuk membunuh isteri pertama suaminya. 

Azhar turut menulis di ruangan komen bahwa apa yang penting dalam kes ini bukan soal saman menyaman tetapi semua diharap mampu menilai dan membuat kajian sendiri tentang kesahihan sesuatu cerita. 

“Perkara ini tidak akan terhenti di sini. Saya pasti di masa hadapan akan ada berita tergempar lagi. Saya berdoa agar Allah SWT akan sentiasa menjaga aib kami,” tulisnya. 

Semoga perkara ini dapat diselesaikan segera agar ia  tidak akan berlanjutan dan mendatangkan mudarat di kemudian hari. – Getaran, 16 Ogos 2022



 

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

4

2 tahun yang lalu

Anak Azhar Sulaiman, Leona Akui Tak Sependapat Dengan Ayah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu